Sidang DUN Perak Kecoh Isu Tanah Kelantan Babitkan Pemimpin DAP Perak

sidang dun perakIPOH, 20 Dis  — Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Khamis kecoh apabila beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) membangkitkan pemberian tanah melibatkan dua pemimpin DAP Perak sebagai habuan bagi melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Kekecohan bermula apabila Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) yang membahaskan Belanjawan Perak 2013 di persidangan DUN berhubung isu tanah di Perak.

Datuk Rosli Husin (BN-Trong) bangun dan meminta penjelasan mengenai sebidang tanah di Kelantan yang didakwa diberikan kepada dua pemimpin DAP terbabit sebagai pertukaran Nizar dilantik sebagai menteri besar sedangkan DAP memenangi banyak kerusi di Perak berbanding Pas pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12).

Beliau berkata sebelum pelantikan menteri besar sememangnya ada pertikaian antara DAP dan PAS mengenai siapa yang sepatutnya menjadi menteri besar.

Wong Kah Woh (DAP-Canning) yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu mencabar Rosli untuk mendedahkan bukti dakwaannya di luar dewan.

“Sekiranya dakwaan Trong benar perlu bersikap jantan, sekiranya ada bukti buat kenyataan di luar untuk tentukan,” katanya.

Khusairi kemudian mendedahkan dua pembeli tanah seluas lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan iaitu Syarikat Efektif Kirana Sdn Bhd dan Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) untuk tujuan pembalakan.

Beliau juga mendakwa transaksi itu juga melibatkan Setiausaha DAP Perak Nga Koo Meng (DAP-Pantai Remis).

Khusairi juga mempersoalkan adakah kerajaan Kelantan yang diterajui Pas turut terlibat dalam memastikan calon daripada parti itu dilantik sebagai menteri besar Perak.

Nizar (Pas-Pasir Panjang) kemudian mendedahkan kononnya beliau ditawarkan jawatan menteri besar jika menyertai Umno selepas keputusan PRU-12 diumumkan.

“Zambry (Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) masa menjadi exco ketika baik dengan abang saya. Dia (Zambry) menghubungi abang saya memberitahu bahawa Adun Pangkor (Zambry) menawarkan saya untuk menjadi menteri besar sekiranya saya menyertai Umno,” katanya.

Zambry kemudian bangun dan mendakwa Nizar sekali lagi melakukan pembohongan dan beliau bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak pernah membuat tawaran itu.

“Saya melihat Adun Pasir Panjang ini hidup penuh dengan pembohongan, kalau nak bersumpah saya akan bersumpah dan saya berani bersemuka dengan orang itu (abang Nizar),” katanya.

Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) kemudian bangun menjelaskan bahawa Zambry tidak mempunyai kuasa dalam isu pelantikan menteri besar ketika itu memandangkan beliau (Tajol Rosli) adalah Pengerusi Barisan Nasional Perak dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

Menyambung perbahasan, Khusairi turut mempersoalkan bagaimana pemimpin DAP itu memperoleh duit untuk membeli tanah walaupun hanya 11 bulan pakatan pembangkang memerintah Perak.

Perdebatan itu berterusan sehingga Speaker Datuk R Ganesan mengarahkan Khusairi menyambung perbahasan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN