Presiden Palestin Jemput PM Lawat Negaranya @NajibRazak

Najib-Mahmoud-AbbasPresiden Palestin, Mahmoud Abbas menjemput Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Palestin bagi mengukuhkan lagi hubungan erat yang sedia terjalin di antara kedua-dua buah negara.

Pada majlis memperingati Hari Perpaduan Antarabangsa Rakyat Palestin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini, Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah menyampaikan jemputan itu bagi pihak Abbas.

“Tuan Perdana Menteri (Najib), benarkan saya secara terbuka menyampaikan jemputan Presiden kami, Mahmoud Abbas untuk anda melawat Palestin pada bila-bila masa yang anda suka, bagi mengeratkan lagi hubungan kukuh yang sedia terjalin yang telah membawa rakyat Palestin dan Malaysia seluruhnya ke arah keamanan dan kebebasan,” katanya.

Najib turut hadir pada majlis makan tengah hari sempena sambutan hari perpaduan antarabangsa itu yang juga disertai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush.

Abdullah kemudian menyampaikan ucapan penghargaan rakyat Palestin terhadap sokongan yang ditunjukkan oleh Malaysia.

“Hari Perpaduan ini telah terbukti menandakan kebangkitan terhadap ketidak adilan yang dilakukan ke atas rakyat Palestin. Undi yang dibuat Khamis lepas di Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu mengenai status rakyat Palestin menjadi bukti terhadap kesedaran dunia.

“Untuk itu, peluang diambil bagi kami menyuarakan terima kasih, penghargaan dan bersyukur terhadap semua individu, kumpulan dan kerajaan-kerajaan yang menyokong kami.

“Kami akan terus berjuang tanpa berlengah. Kami perlu mempertahankan bumi kami, rakyat dan bandar suci Baitulmuqadis. Kami mengharapkan sokongan daripada seluruh rakyat dan kerajaan di dunia,” katanya.

Dalam pada itu, Anifah berkata Malaysia telah terus berdiri teguh dan sejajar dalam menyokong perjuangan Palestin dan tercapainya penyelesaian komprehensif terhadap konflik berdasarkan Peta Jalanan Kuartet dan usul Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya Israel dan Palestin hidup bersama sebelah-menyebelah dalam aman dan selamat.

Beliau berkata Peringatan Hari Perpaduan Antarabangsa bersama Rakyat Palestin tahun ini lebih bermakna kerana Perhimpunan Agung PBB telah meluluskan draf resolusi pada 29 Nov dalam usaha Palestin menjadi sebuah negara bukan anggota bertaraf pemerhati di Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Malaysia dan 137 buah negara lain menyokong penuh usaha Palestin itu. Kami mengucapkan tahniah kepada pucuk pimpinan Palestin dan rakyatnya di atas pencapaian mercu tanda ini.

“Namun begitu, kita tahu bahawa laluan di masa akan datang masih lagi penuh cabaran tetapi memberi jaminan bahawa Malaysia di bawah kepimpinan Najib akan terus memain peranan dalam mencari penyelesaian secara aman, adil dan berkekalan terhadap soal Palestin,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN