PAS Bertekad Menguasai DAP

Muktamar PAS ke-58 boleh dikatakan berjaya mencetuskan kekuatan baru kepada PAS dalam menghadapi PRU ke-13. Malangnya, kekuatan yang dijana khas untuk menghancurkan UMNO telah tersasar akibat doa yang penuh dengan dendam kesumat dan benci yang amat sangat terhadap saudara seagama, yang mana menyalahi agama Islam.

Doa tersebut yang diharap dapat menimbulkan semangat akar umbi PAS, di masa yang sama telah menimbulkan rasa cuak dan gerun dengan ketakburan pemimpin PAS di kalangan pengundi atas pagar.

Selain doa yang memakan diri, kekuatan PAS juga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan parti sekutunya yang masing-masing ingin menjadi peneraju utama serta enggan menjadi nombor dua atau tiga. Oleh itu, kekuatan PAS yang diperlihatkan dalam Muktamar tersebut juga bermakna ancaman kepada DAP. PAS nekad inginkan Perdana Menteri dari parti mereka dan akan pastikan parti itu menguasai sekutu-sekutunya.

Mungkin setakat ini, DAP tidak merasa tergugat kerana yakin yang PAS tidak akan bertanding kerusi yang cukup untuk membolehkan mereka menguasai Pakatan Rakyat. DAP yakin yang Hadi Awang akan mati beragan sahaja akhirnya, kerana tidak dapat menjadi Perdana Menteri sehingga akhir hayatnya.

Lagipun, Hadi Awang, Mat Sabu, Anwar Ibrahim, Nik Aziz apa bezanya? Semuanya boleh dipegang, ditunjal-tunjal dahi, dilipat, dipusing dan diterajang untuk mengikut telunjuk DAP. Tidak perlu pegang rahsia atau bukti gelap mereka pun, cukup dengan menjegilkan mata, pasti terduduk semuanya.

Tetapi, DAP gagal mentafsir kejahilan penyokong PAS. Penyokong PAS adalah manusia taksub, yang akan menelan apa saja yang difatwakan oleh pemimpin mereka. Kerana taksub, maka PAS mampu membekalkan tenaga untuk berdemonstrasi. Orang-orang PAS mudah dipengaruhi dan dihasut untuk mencetuskan keganasan. Ketaksuban menjadikan mereka manusia yang sentiasa marah, tidak tenang, penuh dengan kebencian dan berkeinginan melakukan kemusnahan. Lebih merbahaya apabila semua tindakan negatif ini pula diberi nama jihad, bagi menjustifikasikan sifatnya yang bertentangan dengan Islam. Justeru, perasaan bersalah tidak wujud sama sekali, sebaliknya hanya semangat membara kerana percaya mereka melakukan semua itu kerana Allah SWT.

Justeru, walaupun DAP mampu memegang ‘kolar’ pemimpin PAS, tetapi yakinkah DAP yang mereka mampu menahan asakan semangat penyokong-penyokong PAS yang ingin melihat pemimpin mereka berada di tempat teratas?

Ingatlah kejahilan yang dicampur dengan ketaksuban dan semangat jihad tidak bertempat telah mencetuskan peristiwa berdarah Memali dan Sauk. Dan kejahilan, ketaksuban dan semangat yang sama kini terpancar dalam Muktamar ke-58 PAS.

PAS nampaknya nekad untuk tidak membiarkan parti mereka dipijak-pijak oleh DAP mahupun PKR. Malah PAS begitu berani mengenepikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri mengingkari perjanjian dengan DAP dan PKR.

Mungkin menjulang Hadi Awang sebagai PM hanya gimik politik PR dalam usaha mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap Pas, tetapi, nampaknya PAS telah terlebih suntik semangat kepada penyokongnya. Penyokong PAS kini benar-benar percaya yang pemimpin mereka mampu menunaikan hasrat mereka.

Nampaknya, Anwar dan DAP kini perlu lebih berhati-hati dalam menilai kebodohan PAS.

Kita mungkin boleh membaca tindakan orang yang bijak, tetapi kita tidak mungkin boleh menjangkakan tindakan orang yang bodoh. Orang bodoh tidak berfikir panjang dan tidak merancang tindakannya. Selalunya mereka bertindak mengikut emosi dan keadaan semasa. Apabila emosi menguasai, soal fakta dan angka kerusi yang ditandingi dan dimenangi tidak membawa makna kepada mereka.

Penyokong-penyokong PAS telah nekad bahaya hanya Hadi Awang yang layak menjadi Perdana Menteri dan PR hanya boleh memerintah dengan PAS sebagai paksi. Mereka akan pastikan PAS bertanding kerusi terbanyak walau apapun terjadi.

Berdasarkan hakikat ini, DAP dan PKR mungkin perlu memikirkan semula di mana letaknya parti dan pemimpin mereka dalam semangat juang PAS menghadapi pilihanraya.

Jelas, strategi menang dahulu, fikir kemudian mungkin terlalu merbahaya untuk diteruskan.

Apakah telah tiba masanya bagi PR untuk menilai kembali pakatan mereka?

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN