Pelajar tetak bayi diarah ke Sekolah Henry Gurney

Gambar hiasan

KUCHING: Seorang pelajar yang menetak bayi yang baharu dilahirkan sehingga mati di sebuah sekolah di Betong tahun lepas diarah menjalani pemulihan akhlak selama tiga tahun sehingga berusia 21 tahun di Sekolah Pemulihan Akhlak Henry Gurney, Melaka.

Hakim Mahkamah Tinggi Sangau Gunting membuat arahan itu terhadap gadis berusia 17 tahun tersebut yang disabit kesalahan menyebabkan kematian bayinya di sekolah asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Layar antara jam 7.40 pagi dan 8.30 pagi 17 Oktober tahun lepas.

Tuduhan awal ke atas gadis tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh tetapi ia dikurangkan kepada Seksyen 304(a) kanun sama kerana membunuh tanpa niat.

Ketika menyampaikan penghakiman, Sangau menimbang jenis kesalahan, mitigasi tertuduh dan fakta bahawa gadis itu tidak berfikiran waras ketika melakukan kesalahan.

Suasana pilu apabila gadis tersebut enggan berpisah dengan ibu bapanya di kamar mahkamah dan asyik memberitahu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dia mahu pulang ke kampung sebelum penghakiman dibuat.

Tertuduh juga menangis apabila keputusan dibuat dan ibu bapanya yang duduk di belakang cuba menahan sebak.

Pada hari kejadian, tertuduh bersendirian di bilik asrama pada sebelah pagi ketika melahirkan bayi perempuan.

Dia mengambil pisau dan menetak bayi yang selamat dilahirkan pada bahagian tangan dan lain badan sebelum membungkus mayat bayi dalam beg plastik dan membuangnya dalam tong sampah.

Semasa waktu rehat, tiga guru sekolah pergi ke asrama untuk mencarinya dan tertuduh memberitahu dia telah keguguran.

Salah seorang guru, melihat darah di atas lantai yang menimbulkan kecurigaannya dan tertuduh mengakui membuang bayinya yang sudah mati ke dalam tong sampah.

Teman lelaki tertuduh dilaporkan didakwa di mahkamah dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Tertuduh diwakili peguam bela Micheal Tiang manakala timbalan pendakwa raya Nur Nisla Latif mewakili pendakwaan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN