SKMM perlu segera menyiasat isu menghina Sarawak di Facebook: Sebastian

Sebastian

MIRI: Pihak berkuasa terma-suk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta bertindak segera menyiasat isu menghina Sarawak di laman sosial Facebook sekali gus memadamkan semua kenyataan yang cuba menanam kebencian dan cuba melaga-lagakan rakyat negara ini.

Setiausaha Politik Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin iaitu Datuk Sebastian Ting mem-beritahu kenyataan tersebut amat tidak bertanggungjawab dan berniat untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat  negara ini.

“Tiada negara di dunia boleh membangun tanpa perpaduan dan kestabilan di kalangan rakyat dan oleh itu kita perlu mempertahankan perpaduan dan ke-stabilan kita kerana kita adalah rakyat Malaysia dan tiada perbezaan antara kita.

“Justeru apa rasional kenyataan yang memburukkan rakyat Sarawak seperti yang disiarkan dalam laman portal tersebut kerana kita tidak tahu apa tujuan sebenar mereka mengeluarkan kenyataan tersebut,” tambah beliau.

Sebastian memberitahu, beliau sendiri enggan memberi respons kepada laman protal tersebut dan berterima kasih kepada rakyat negeri ini kerana tidak melatah sehingga bertindak sembarangan dan tidak mudah terbawa-bawa dengan kenyataan tersebut yang dilihat sebagai satu provokasi.

Ketua Masyarakat Melayu Miri Temenggung Abdul Rahman Fadzail berkata kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sosial itu merupakan satu lagi sentimen yang sengaja dicetus-kan untuk membangkitkan kemarahan rakyat negeri ini selepas isu ‘cawat’ yang dicetus-kan oleh pemimpin PAS dalam pilihan raya negeri yang lalu.

“Isu lama itu masih lagi terpahat dan ‘melukakan’ hati kita, rakyat negeri ini kerana ia ter-nyata bertentang dengan hakikat sebenar rakyat negeri ini yang sudah jauh membangun dan bukannya masih bercawat seperti didakwa.

“Kini timbul lagi sentimen ini yang saya rasa sengaja dicetuskan semula. Saya rasa orang yang tidak faham dengan budaya dan adat resam rakyat di negeri ini, patut datang melawat Sarawak sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai negeri ini,” katanya.

Menurut beliau orang Sarawak tidak pernah bersikap kurang ajar dengan penduduk Semenanjung Malaysia seperti yang dilakukan mereka dan apa yang diperkatakan dalam laman ‘Semenanjung Anti Sarawak’ dengan mengatakan ‘Sarawakbabi’ adalah sesuatu yang melampau dan tidak adil sama sekali.

“Kita (rakyat Sarawak) juga tidak pernah memburuk-burukkan orang Semenanjung seperti yang mereka lakukan (dalam laman sosial), jadi apa masalah mereka,” soalnya lagi sambil memberitahu bahawa kenyataan tersebut sengaja menjejaskan imej dan moraliti rakyat negeri ini dengan menyebarkan sentimen seperti itu secara sembarangan.

Abdul Rahman memberitahu, secara peribadinya beliau merasakan kenyataan itu juga sengaja disasarkan untuk golongan pemimpin di negeri ini dan melihat sejauh mana me-reka akan bertindak balas terhadap provokasi tersebut.

“Jika pemimpin kita tidak mampu mengawal perasaan dan membalas provokasi tersebut, itulah yang mereka mahukan dan mereka akan bertindak de-ngan lebih agresif,” katanya sambil membayangkan pihak terbabit pastinya mempunyai agenda tersembunyi.

Aktivis sosial masyarakat, Wan Zain Syed Mohdzar berkata kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sosial  Facebook ‘Semenanjung Anti Sarawak’ itu dilihat sengaja merendahkan martabat rakyat Sarawak.

“Kenyataan sedemikian se-olah-olah sengaja dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menggugat perpaduan di kalangan rakyat Sara-wak dan rakyat Semenanjung Malaysia,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau memberitahu, pemilik akaun terbabit harus di-kenakan tindakan undang-undang di bawah Akta 114A Pindaan Akta Keterangan (Pindaan) 2012 yang telah berkuat kuasa pada 1 Jun lalu.

“Semua kenyataan berbaur hasutan atau fitnah dalam laman sosial yang sengaja dilakukan untuk menggugat perpaduan rakyat Malaysia harus dihenti-kan serta-merta,” katanya.

Wan Zain memberitahu, rata-rata rakyat Sarawak yang mengikuti laman sosial individu terbabit mengutuk semua kenyataan yang disebarkan secara meluas dalam laman terbabit.

“Kita menggesa kerajaan campur tangan dalam isu ini kerana ia dilihat satu ancaman ke arah perpecahan kaum dan mampu membawa kesan yang lebih buruk jika tidak dikawal,” katanya.

Tambahnya kenyataan terbabit bukan sahaja menimbulkan suasana tegang di kalangan rakyat Sarawak dan Semenanjung Malaysia tetapi juga cubaan untuk menanam unsur kebencian di kalangan rakyat.

Sehubungan itu, beliau mendesak SKMM mengesan pemilik akaun Facebook terbabit seterusnya dikenakan tindakan undang-undang.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN