Penjaja Tertindas ‘Serbu’ Majlis Hari Raya DAP

PULAU PINANG : Berang dengan layanan acuh tidak acuh Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap mereka, sekumpulan penjaja di Padang Kota Lama nekad ‘menyerbu’ majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran DAP malam tadi.

Kira-kira 20 penjaja termasuk ahli keluarga mereka berhimpun di luar Balai Rakyat Jalan Patani di sini bermula pukul 8 malam sambil membawa kad-kad yang antaranya tertera perkataan ‘Lim Guan Eng pembohong’, ‘Mana janji Lim Guan Eng nak tolong nasib peniaga?’ dan ‘Mana Exco Melayu? Mana janji PRU-12’.

Mereka turut berteriak memanggil Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim supaya keluar untuk bersemuka.

Mereka juga meminta penganjur menyampaikan permintaan tersebut selepas tiada respons diberikan oleh Abdul Malik. Namun permintaan mereka seperti tidak diendahkan terus oleh Abdul Malik yang terus menjamu selera dengan para tetamu.

Kecewa dengan keadaan tersebut, mereka cuba memasuki dewan berkenaan tetapi dihalang oleh beberapa ahli jawatankuasa penganjur sehingga mencetuskan suasana tegang dan hampir berlaku pergaduhan.

Kumpulan penjaja itu kemudian berkumpul di pintu pagar untuk menunggu Abdul Malik keluar dari kawasan tersebut.

Melihat keadaan itu, berpuluh-puluh penyokong pembangkang terpaksa membuat formasi rantaian di sekeliling kenderaan Abdul Malik bagi menghalang kumpulan penjaja tersebut merempuhnya.

Tindakan itu terpaksa dilakukan kerana sebelum itu kenderaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik dihalang dan ada di antara penjaja tersebut yang melompat ke atasnya.

Suasana kecoh tersebut akhirnya selesai kira-kira sejam kemudian apabila sepasukan polis tiba dan menempatkan balai bergerak di situ bagi mengawal keadaan.

Wakil kumpulan penjaja, M. Balakrishnan, 55, berkata, mereka terpaksa berbuat demikian kerana itu sahaja cara untuk bertemu para pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang terutama yang menjaga kebajikan peniaga kecil.

Dia yang menyediakan khidmat refleksologi di Padang Kota Lama menjelaskan, sejak enam bulan lalu pasukan penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sering menghalau mereka daripada berniaga dari lokasi tumpuan pelancong itu kerana tidak mempunyai lesen perniagaan.

Menurutnya mereka ada memohon lesen tetapi sehingga kini tidak diberi malah aduan mereka kepada pemimpin kerajaan negeri juga seolah-olah tidak dilayan.

“Kami hanya mencari makan di situ dan selama ini kamilah yang menjadi tumpuan para pelancong. Kami mahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng turun padang dan selesaikan perkara ini dalam tempoh tujuh hari dan jika tidak kami akan mengadakan demonstrasi besar-besaran,” katanya yang berniaga di Padang Kota Lama sejak lapan tahun lalu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN