Hudud: Sin Chew Pertahan Laporan

Akhbar Sin Chew Daily pada Rabu menegaskan ia tidak tersalah petik atau memutarbelitkan kenyataan sesiapa tentang cadangan pelaksanaan undang-undang hudud.

Dalam laman webnya, akhbar berbahasa Cina itu berkata ia ingin menjelaskan bahawa laporannya tentang undang-undang hudud bukan sengaja dirancang supaya ia mencetuskan “kekeliruan” tentang PAS atau Pakatan Rakyat, tetapi untuk menyampaikan maklumat tepat dan penting kepada pembaca.

“Sebagai medium untuk orang ramai, kami tidak patut menyembunyikan sebarang maklumat penting daripada pengetahuan umum, terutama sesuatu yang melibatkan kepentingan awam, serta kejadian yang boleh menyebabkan berlaku perubahan terhadap masyarakat kita dengan apa cara sekali pun.

“Pendirian PAS tentang pelaksanaan undang-undang hudud perlu didedahkan kepada umum agar anggota masyarakat boleh memahami, menilai dan membuat pilihan.

“Perkara paling buruk yang boleh kami lakukan ialah menyembunyikan kebenaran, memuji bahagian yang paling baik dan menutup selebihnya.

“Perbuatan paling keji dan paling menipu apabila membuat sesuatu perkara ialah menghidangkan satu cerita kepada masyarakat Islam dan menghidangkan cerita lain pula kepada bukan Islam,” katanya dalam artikel bertajuk “Undang-undnag Hudud: Kebenaran atau Ilusi? tulisan Tay Tian Yan dan diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Dominic Loh.

Artikel itu bertujuan memberi penjelasan tentang dakwaan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) dalam Harakahdaily semalam bahawa akhbar itu memutarbelitkan kenyataannya dengan memetik beliau sebagai berkata PAS akan melaksanakan hudud apabila pembangkang menawan Putrajaya.

Artikel berhubung wawancara dengan Mat Sabu disiarkan Sin Chew Daily pada Isnin, dengan memetik beliau sebagai berkata PAS akan mencadangkan pindaan dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan untuk merintis jalan bagi pelaksanaan undang-undang Islam itu.

Dalam artikel hari ini, Sin Chew berkata pemberitanya menghubungi Mat Sabu sekali lagi selepas edisi petang akhbar itu menemui pembaca pada Ahad untuk mendapatkan pengesahan beliau tentang kandungan kenyataannya dan Mat Sabu ingin mengubah perkataan daripada “membuat keputusan” kepada “berhasrat” dan pemberita berkenaan bersetuju mengubahnya.

“Dalam pada itu, kami juga menemu bual ketua penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man untuk meminta beliau memberi penjelasan tentang pendirian parti itu tentang isu berkenaan. Respons beliau selari dengan yang disuarakan Mat Sabu.

“Malangnya, selepas laporan itu dicetak, Mat Sabu membuat penafian pada hari berikutnya tentang apa yang beliau katakan dan mendakwa Sin Chew Daily memutarbelitkan ucapannya. Kami cuba menghubungi beliau dengan harapan untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripadanya, tapi sehingga kini, kami masih belum berhasil.

“Selama ini, PAS dipandang tinggi dan oleh itu ia perlu memelihara kredibilitinya. Sekiranya parti itu tegas dengan pendiriannya bahawa undang-undang hudud adalah betul dan wajar, maka ia perlu mengisytiharkan secara terbuka agenda politiknya dalam nada yang sama, tidak kira sama ada kepada masyarakat Islam atau bukan Islam dan terus mempromosi dan melobi pelaksanaannya dalam kalangan pengundi Cina,” kata akhbar itu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN