KPDN serbu restoran cili pan mee pamer pelekat Muslim Kitchen di Balakong

Berdasarkan pemerhatian selama seminggu, pihaknya mendapati premis yang turut mempunyai cawangan di pusat bandaraya, sering dikunjungi pelanggan beragama Islam.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu sebuah restoran popular dengan menu ‘cili pan mee‘ di Balakong di sini tengah hari tadi kerana mempamerkan pelekat Muslim Kitchen walaupun tidak mempunyai sijil halal sah.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN cawangan Kajang Ruhaizad Zahari berkata serbuan pada pukul 1 tengah hari yang turut disertai empat pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu dilakukan selepas menerima aduan orang ramai.

Ruhaizad berkata siasatan mendapati premis yang baru beroperasi empat bulan itu, menggunakan tanda Muslim Kitchen yang dilekatkan di bahagian pintu dan ruangan makan, seolah-olah menunjukkan orang Islam boleh makan di situ, sedangkan ia tidak mempunyai persijilan halal.

“Pemilik premis yang merupakan lelaki tempatan, memberikan alasan dia meletakkan pelekat Muslim Kitchen itu atas saranan pelanggan, dan tidak mengetahui perbuatan berkenaan merupakan kesalahan.

VIDEO berkaitan:

“Ingin saya nasihatkan mana-mana premis makanan yang tidak mempunyai persijilan halal, tidak boleh menggunakan apa-apa perkataan atau hiasan seperti contoh bufet Ramadan menunjukkan makanan itu boleh dimakan oleh orang Islam,” katanya dalam sidang media di lokasi serbuan hari ini.

Ruhaizad berkata berdasarkan pemerhatian selama seminggu, pihaknya mendapati premis yang turut mempunyai cawangan di pusat bandaraya, sering dikunjungi pelanggan beragama Islam.

Beliau berkata rakaman percakapan awal pemilik premis telah dilakukan oleh JAIS dan kes disiasat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 iaitu menggunakan apa-apa petunjuk yang menunjukkan makanan itu boleh dimakan oleh orang Islam.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan operasi sedemikian akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kemaslahatan orang ramai selain pemilik premis makanan mengikut peraturan-peraturan yang disediakan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â