Selain Anwar, Wan Azizah Juga Tengah Merayau Cari Tempat Bertanding?

Katanya Anwar akan lari di Nibong Tebal dalam PRU-13, akibat tidak yakin lagi mendapat sokongan di kawasan sendiri. Tetapi, di Nibong Tebal juga, nampaknya Anwar tidak berapa yakin. Dengan ceramahnya yang semakin kurang mendapat sambutan, Anwar sudah benar-benar tertekan. Justeru, Anwar terus merayau-rayau mencari kawasan yang sesuai untuk bertanding.

Isterinya, Wan Azizah pula tidak boleh bertanding kerusi Parlimen kerana meletak jawatan sebagai MP Permatang Pauh pada 2008 untuk memberi laluan untuk Anwar. Namun, dalam kenyataan beliau baru-baru ini, Wan Azizah ada menyuarakan hasratnya untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Soalnya, di mana?

Ada yang membuat spekulasi yang beliau akan bertanding di Selangor. Tetapi, di masa yang sama Wan Azizah dikatakan ada membayangkan yang beliau ingin bertanding di kawasan beliau membuang undi, iaitu di Permatang Pasir di dalam kawasan parlimen Permatang Pauh. Kerusi tersebut dimenangi oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man. Alasan Wan Azizah ialah, beliau hanya akan bertanding di kawasan yang dilihatnya ‘boleh menang’.

Kerusi Permatang Pasir adalah kerusi turun temurun PAS maka ia bolehlah dikira sebagai ‘boleh menang’ jika dilihat dari sudut Pakatan Rakyat (PR) sebagai sebuah entiti. Tetapi, masalah di sini ialah, semangat kerjasama dan persefahaman antara parti-parti sekutu PR adalah terlalu longgar. Jika Wan Azizah benar-benar ingin bertanding di situ, maka beliau perlu memujuk PAS untuk melepaskannya. Dan kalaupun benar PAS sanggup memberi laluan kepada PKR, apakah pengundi di sana sanggup menerima Wan Azizah sebagai wakil mereka?

Di dalam PR, penyokong PAS tidak semestinya menyokong PKR atau DAP dan begitu juga sebaliknya. Justeru, bukan mudah untuk PR memuktamadkan pengagihan kerusi bagi menghadapi PRU yang dikatakan tidak berapa lama lagi.

Sehingga ke hari ini, walaupun Anwar sebagai Ketua Pembangkang telah mengumumkan yang pengagihan kerusi telah muktamad tetapi PAS masih belum mengesahkan jumlah kerusi yang akan ditandingi dan DAP juga masih berdolak dalih mengenainya. Nampaknya, Anwar hanya memuktamadkan pengagihan kerusi di dalam mimpi. Malah Anwar juga tidak dapat mengesahkan kerusi untuk isterinya.

Jika benar Wan Azizah ingin bertanding maka ini juga mengesahkan cakap-cakap mengenai keperibadiannya yang sukar dijangka. Wan Azizah dikatakan mempunyai cita-cita yang tidak kurang rakusnya dengan Anwar Ibrahim. Sudah pasti segala air mata dan tebal mukanya selama ini mempunyai matlamat yang jauh lebih tinggi dari sekadar ingin membela suami biseksualnya.

Wan Azizah tahu bahawa di kala imej Anwar sudah terlalu buruk dan tidak dapat dipulihkan lagi, imej dirinya sebagai wanita mulia, waja dan tabah masih kekal. Dari satu segi, beliau telah berjaya mengalahkan Anwar yang selama ini menyiksa hidupnya.

Mungkin Wan Azizah merasakan sudah sampai masanya untuk beliau berbuat sesuatu untuk dirinya sendiri, dan bukan lagi untuk Anwar. Kerana itu, beliau ingin bertanding lagi. Masalah beliau adalah di DUN mana dan apakah PAS sanggup memberi laluan kepadanya. Lupakan DAP, kerana DAP tidak akan mengalah untuk sesiapa saja.

Apapun keputusan Wan Azizah, yang pasti ialah seperti juga suaminya, Wan Azizah hanya akan bertanding untuk kepentingan dan kepuasan dirinya, bukan untuk rakyat ataupun negara. Dan kita sebagai rakyat jangan sekali-kali lupa akan hakikat ini.

/===

/====

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN