Phat kaphrao, makanan gorengan Thailand diinilai terbaik di dunia

Menurut keterangan TasteAtlas.com Phat Kraphao “tumis tradisional Thai ini menggabungkan daging cincang atau makanan laut dengan daun selasih dan pelbagai bahan lain

Phat Kraphao ialah hidangan paling asas yang terdapat di kebanyakan gerai makanan jalanan. Ia kadangkala dipanggil hidangan “malas nak fikir”, untuk orang yang tidak tahu makanan apa yang hendak dipesan dan kini ia telah mengungguli senarai “Stir-Fries Terbaik di Dunia 2023”, yang dikeluarkan oleh TasteAtlas.com.

Satu lagi pilihan, Pad Thai, diletakkan di tempat ke-8 dengan mata 4.4, manakala Phat Kraphao mendapat 4.8. Dak Galbi dari Korea Selatan menduduki tempat kedua dengan 4.7.

Hidangan Thai lain yang berjaya berada di tempat 50 teratas ialah Phat Si-io (4.3), Khua Kling (4.2) dan ayam tumis dengan kacang gajus (3.7).

Nasi goreng kampung dari Malaysia pula berada ditempat ke 48.

Laman web ini memaparkan resipi dan ulasan makanan daripada pengkritik di seluruh dunia. Dikatakan bahawa Phat Kraphao adalah hidangan keempat paling biasa ditempah oleh warga asing di Thailand.

Menurut keterangan TasteAtlas.com Phat Kraphao “tumis tradisional Thai ini menggabungkan daging cincang atau makanan laut dengan daun selasih dan pelbagai bahan lain, seperti bawang merah, bawang putih dan lada. Hidangan ini berperisa dengan kicap, gula dan sos ikan dan biasanya dihidangkan bersama nasi, telur goreng dan sos ikan.” – Seterusnya

 

Terkini

TEKNOLOGI

Dating dalam talian akan berubah secara radikal

Nur Nilam Sari
DUNIA

Mayat lelaki Thailand yang melompat ke dalam Sungai Golok untuk melarikan diri daripada polis Malaysia ditemui

KESIHATAN

Diet lemak dan proten sudah diamalkan beribu-ribu tahun sebelum

KESIHATAN

Mengawal diabetes jenis 2

AGAMA

Adakah Fitrah ialah agama Islam itu sendiri?

Fokus

Thailand mencatatkan lebih 30 juta pelancong asing sehingga pertengahan...

Thailand merekodkan lebih 30.56 juta pelancong asing sehingga pertengahan November, meningkat 29 peratus berbanding tahun sebelumnya, di...
Nuraseekeen นูรอาซีกีน
Bersedia untuk menikmati pengalaman yang menyelerakan di Pesta Makanan Halal yang berlangsung pada 9-10 November 2024, di...
Nuraseekeen นูรอาซีกีน
Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Thailand telah dinobatkan sebagai Destinasi Tahun 2025 Travel...
Nuraseekeen นูรอาซีกีน