Polis, wartawan parah dilanggar pemandu mabuk

REMUK: Kereta peronda polis jenis Waja, remuk di bahagian belakang selepas dilanggar pemandu mabuk.

MIRI: Dua anggota polis peronda dan seorang wartawan wanita cedera parah selepas dilanggar pemandu mabuk yang hilang kawalan ke atas kenderaannya dalam kejadian di Jalan Miri-Pujut awal pagi semalam. Sebelum kes yang berlaku pada jam 3 pagi itu, tiga anggota polis peronda telah berhenti untuk membantu menyelesaikan satu kes kemalangan kecil yang melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan Kancil.

Turut berada di lokasi ialah seorang wartawan jenayah daripada sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina, yang mengambil gambar kes kemalangan kecil terbabit.

Pemandu mabuk terbabit yang menaiki kereta Satria Neo berwarna merah tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh kereta peronda polis dan kereta Proton Wira terbabit yang berada di tepi jalan, hingga mencederakan kedua-dua anggota polis yang sedang bertugas dan wartawan terbabit.

Ketiga-tiga mereka mengalami cedera parah dan dikejarkan ke hospital manakala seorang lagi anggota polis peronda yang masih berada di tempat duduk pemandu hanya mengalami cedera ringan.

Manakala orang lain yang berada di sekitar termasuk pemandu kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam ke­malangan kecil sebelumnya, berjaya mengelak daripada perlanggaran tersebut.

Pemandu mabuk terbabit kemudiannya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disiasat. – Borneo Post

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN