Belia: Kenapa Saya Perlu Sokong Kerajaan Sekarang?

Pembangkang mendabik dada mendakwa perhimpunan yang disokong mereka yang bertukar ganas pada 28 April lepas disertai oleh sebahagian besar orang muda yang berumur bawah 40 tahun dan dengan mudah pula mengandaikan kononnya generasi muda menyokong mereka.

Benarkah dakwaan dan andaian itu?

Banyak pemerhati berpendapat ia tidak benar dan jauh daripada tepat, bahkan andaian itu mengambil mudah dan pukul rata berdasarkan jumlah kehadiran yang didakwa melebihi 300,000 orang sedangkan yang hadir hanya sekitar 22,000 orang.

Jadi, apakah alasan untuk belia khasnya pengundi muda dan pengundi pertama kali pada pilihan raya umum ke-13 ini untuk menyokong pembangkang?

Bagi David Choong, 28, tiada alasan untuk menyokong pakatan pembangkang kerana kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah melayani setiap masyarakat dengan baik tanpa mengira kaum, malah membuka peluang dalam pelbagai bidang kepada orang Melayu, Cina dan India.

“Apa yang penting ialah awak berusaha sendiri dan mengejar peluang itu dan bukannya menyalahkan orang lain. Percayakah awak kepada janji-janji yang mustahil dibuat contohnya hapuskan tol?” katanya yang mengusahakan perniagaan jual beli emas terpakai milik keluarganya di sini.

“Saya berani bercakap bahawa kekayaan di negara ini dikongsi semua bangsa sama ada Melayu, Cina dan India atau pribumi lain. Awak lihat senarai orang yang terkaya di Malaysia. Ini meliputi semua bangsa. Ini bukan soal perkauman,” katanya.

“Kenapa asyik komplain kerajaan. Kerajaan kita bukanlah sampai ke tahap ekstrim sehingga membunuh rakyatnya sendiri,” tambahnya, yang tidak mahu memperjudikan masa depannya dengan membuat pilihan yang salah berdasarkan emosi.

Malah, banyak belia berpendapat kerajaan hari ini memberikan tumpuan besar kepada golongan belia dan ini dilakukan secara berterusan.

Contoh paling ketara ialah Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya dari 23-27 Mei yang merupakan penghargaan besar kerajaan terhadap belia, menyediakan 500 program yang pelbagai, bagi menampung minat mereka dan memberi peluang mereka berekspresi.

“Tidak pernah ada negara lain di dunia ini yang berani menyerahkan pusat pentadbirannya kepada golongan belia bagi menjalankan aktiviti berfaedah untuk menghargai usaha dan bakat mereka,” memetik kenyataan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Jadi, jika difikir secara mendalam, perlukah belia yang mewakili 45 peratus penduduk Malaysia dengan membabi buta menolak kerajaan yang ada seperti yang dilakukan kumpulan tertentu dalam masyarakat yang mungkin didalangi pembangkang?

Najihah Amney, 28, seorang graduan Universiti Malaysia Sarawak berkata sokongan kepada kerajaan perlu diberikan untuk meneruskan dan menentukan hala tuju yang betul selepas 54 tahun merdeka di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN).

Beliau memberikan analogi seorang ayah yang sudah berpuluh tahun berpengalaman memandu kereta tentulah lebih diyakini oleh anak-anak untuk perjalanan jauh berbanding anak sulung yang baru sebulan mendapat lesen, tambahan lagi perjalanan bagi Malaysia dan generasi mudanya masih jauh dan panjang.

“Apatah lagi kerajaan BN terbukti berjaya mentransformasi Malaysia sehingga menjadi maju seperti sekarang, tentunya kita tidak bijak jika menggadai masa depan sendiri hanya kerana janji-janji manis yang belum tentu ditunaikan,” katanya.

Katanya walaupun BN mungkin ada kealpaan atau terlepas pandang dan memang terdapat rakyat yang hidup lebih susah daripada yang lain tetapi keadaan itu bukannya ditentukan oleh kerajaan, tetapi lebih kepada rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

“Orang yang susah di Malaysia tidaklah hidup sampai kebuluran. Maknanya, dengan bantuan yang kerajaan hulurkan, kita perlulah berusaha menggunakan peluang yang ditawarkan. Jadi kita perlu faham dengan situasi ini,” katanya yang kini menguruskan sebuah rumah anak yatim.

Pengurus syarikat swasta, Shamsul Idham Abdul Iahad, 38, berkata kenapa rakyat perlu memperjudikan nasib memilih kerajaan yang baharu sedangkan kerajaan yang sedia ada iaitu BN sudah membuktikan bahawa mereka adalah kerajaan yang baik dan menjaga kebajikan rakyat.

“BN juga memacu negara kepada hala tuju dan membangunkan negara seperti yang rakyat mahukan. Bagaimanapun ketelusan di dalam kerajaan juga satu perkara penting dan perlu diberi perhatian,” katanya.

Shamsul berkata cita-cita pakatan pembangkang perlu ditolak kerana mereka sesama sendiri pun tidak mempercayai satu sama lain dan gabungan itu hanyalah untuk kepentingan masing-masing pada masa-masa tertentu sahaja.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN