Nahas pesawat Sukhoi mungkin kesilapan manusia

Nahas pesawat penumpang Sukhoi Superjet 100 yang terhempas minggu lalu terus mencetuskan kontroversi berhubung punca berlakunya tragedi itu.

Salah satu daripada punca kecelakaan itu mungkin disebabkan juruterbang mahu menunjukkan kehebatan mengendalikan pesawat buatan Rusia itu.

Persatuan Syarikat Penerbangan Nasional Indonesia (INACA) berkata, juruterbang pesawat berkenaan melakukan penerbangan manuever yang esktrem di udara, semata-mata untuk membuktikan kehebatan Superjet 100.

Setiausaha Agung INACA, Tengku Burhanuddin yang turut serta dalam demonstrasi pertama pada pagi hari yang sama sebelum Superjet 100 kedua terhempas berkata, juruterbang itu berbuat demikian untuk ‘menunjuk-nunjuk’.

Menurut beliau, semasa menyertai demonstrasi pertama, juruterbang itu beberapa kali sengaja menerbangkan pesawat itu membelah awan sehingga menyebabkan berlaku gegaran.

“Hal itu dilakukan kerana mereka mahu membuktikan betapa hebatnya Superjet 100. Inilah yang dilakukan apabila mereka berusaha untuk memikat pelanggan yang berpotensi,” kata Tengku Burhanuddin seperti yang dilaporkan akhbar The Jakarta Post pada muka depannya, hari ini.

Tengku Burhanuddin bercerita mengenai pengalamannya menyertai demonstrasi penerbangan sulung Sukhoi Superjet 100 pada pagi Rabu lalu.

Sementara demonstrasi penerbangan kedua pesawat buatan Rusia itu membawa kepada pesawat itu terhempas pada petang hari yang sama di Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat menyebabkan kesemua 45 penumpang terbunuh.

Tragedi ini turut menarik perhatian Presiden Rusia, Vladamir Putin yang segera memberi reaksi berhubung nahas itu.

Burhanuddin berkata, juruterbang itu turut menurunkan pesawat dari ketinggian asalnya untuk ‘menunjuk-nunjuk’ kehebatan pesawat.

Katanya, pada waktu itu, juruterbang itu melakukan penerbangan manuever bagi membolehkan para penumpang melihat pemandangan tanah atau landasan dari jarak dekat.

“Ia merupakan sebuah penerbangan yang fantastik. Sebagai seorang yang mencintai pesawat, saya dapat katakan yang saya masih merasai keselesaan duduk di kerusi penumpang,” cerita Burhanuddin.

Beliau berkata, semasa menyertai demonstrasi sulung Superjet 100, pesawat yang dinaikinya itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda bermasalah.

“Pesawat itu terbang dengan lancar, laju dan kurang bising berbanding dengan Boeing atau Airbus,” tambahnya.

Sebelum ini, Naib Presiden Rusia, Dmitry Rogozin ada mengeluarkan kenyataan bahawa kecelakaan pesawat itu ada kaitannya dengan kesilapan manusia.

“Pandangan pakar mendapati teknologi pesawat itu berada pada kedudukan yang baik dan kemungkinan (punca nahas) berlaku disebabkan faktor manusia,” kata Rogozin.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â