Gempa Bumi Kuat Gegar Aceh, Gegaran Dirasai Di Semenanjung Malaysia (Update 19:45)

Selain Acheh Maluku juga dilanda gempa 5.4 SR

KUALA LUMPUR: Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter di Acheh, Sumatera Utara Indonesia pada Rabu.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.

Beliau berkata pihak bomba dari lima balai di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bergegas ke beberapa kawasan yang merasai gegaran itu selepas menerima maklumat dari orang ramai.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira 4.47 petang mengenai gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak.

Dalam pada itu, warga kerja di bangunan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) turut merasai gegaran yang berlaku selama kira-kira 10 minit.

Di KANGAR, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.

Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit.

Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis.

JAKARTA 11 April – Satu lagi gempa kuat 8.8 skala Richter dilaporkan berlaku di daerah Simeulue, Aceh kira-kira pukul 5.43 petang ini (6.45 waktu Malaysia).
PULAU PINANG 11 April – Penduduk yang berada dalam bangunan tinggi di negeri ini berlari keluar selepas merasai gegaran selama dua minit ekorab gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Ritcher yang mengegarkan Aceh, Indonesia petang ini.
SINGAPURA 11 April – Tsunami setinggi 17 sentimeter dilaporkan di Lautan Hindi dan menuju wilayah Aceh, Indonesia selepas satu gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter melanda luar pantai Sumatera, hari ini.
BANGKOK 11 April – Arahan berpindah telah dikeluarkan untuk enam wilayah selatan Thailand berikutan gempa bumi di Sumatera hari ini.
KUALA LUMPUR 11 April – Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter di Acheh, Sumatera Utara Indonesia hari ini.
AMBON 11 April – Gempa bumi dengan kekuatan 5.4 skala Richter menggegarkan daerah Maluku Tenggara, wilayah Maluku pukul 4.41 petang, hampir serentak dengan gempa bumi di Aceh.

Gempa: Amaran tsunami dilanjutkan sejam lagi

PEKAN BARU 11 April – Pusat Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (PMKG) di sini menyatakan amaran tsunami dilanjutkan sehingga satu jam lagi berikutan berlaku gempa susulan di Aceh.

Gempa di Aceh: 27 negara keluar amaran tsunami

JAKARTA 11 April – Sebanyak 27 buah negara di kawasan Lautan Hindi telah mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi kuat yang berlaku di Aceh petang ini.

Gempa kuat: Bekalan elektrik di Aceh terputus

PEKAN BARU 11 April – Gempa bumi dengan kekuatan 8.5 skala Richter yang melanda daerah Sumeule, Aceh petang ini menyebabkan bekalan elektrik di wilayah itu terputus manakala talian Internet mengalami gangguan.

Tsunami: Bengkulu siap sedia, penduduk berpindah

BENGKULU 11 April – Wilayah Bengkulu, salah satu wilayah yang diberi amaran kemungkinan dilanda tsunami akibat gempa bumi berkekuatan 8.5 skala Richter di Aceh sudah membuat persiapan untuk menghadapi bencana itu.

Gempa: Penduduk Aceh berlindung di kawasan tinggi

PEKAN BARU 11 April – Gempa bumi dengan kekuatan 8.5 skala Richter yang menggegarkan daerah Simeule, Aceh petang ini menyebabkan penduduk di bertempiaran melarikan diri ke kawasan tinggi.

Gempa di Aceh: Amaran tsunami di lima wilayah

PEKAN BARU, Indonesia 11 April – Pusat Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (PMKG) di sini mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi dengan kekuatan 8.5 skala Richter berlaku di Aceh hari ini.

Gempa di Aceh: Tiga negara keluar amaran tsunami

JAKARTA 11 April – Beberapa buah negara termasuk Indonesia, India dan Thailand mengeluarkan amaran tsunami selepas berlaku gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter di Lautan Hindi dekat barat Aceh.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN