Perencanaan Rapi, Pelaksanaan Berstrategi Menerusi GTP, ETP Beri Manfaat Pada Rakyat, Kata @NajibRazak

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama)  m Transformasi Ekonomi (ETP) bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat berbilang bangsa malah berjaya melonjakkan status negara setaraf negara maju, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengimbau pencapaian kesemua program itu, Najib berkata kerajaan yang sedia ada ialah kerajaan yang berkebajikan dan bertanggungjawab dan ini dapat dilihat menerusi pemberian subsidi bagi membantu mereka yang terhimpit akibat tekanan kos sara hidup yang meningkat.

“Pengurusan ekonomi serta hasil secara berhemah telah memungkinkan lebih RM30 bilion diperuntukkan setiap tahun untuk subsidi secara langsung bagi mengurangkan bebanan hidup rakyat serta hampir RM3 bilion untuk berian terus bagi tahun 2012,” kata beliau dalam ucapan selepas menerima Laporan Tahunan GTP dan ETP daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini Isnin malam.

Menyentuh mengenai Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) bagi menangani kos sara hidup, Najib berkata kerajaan telah merangka pelan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi mengatasinya.

Antara langkah jangka pendek bersifat “one off” atau sekali sahaja yang telah dilaksanakan bagi tahun ini ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang memanfaatkan hampir empat juta isi rumah negara berpendapatan di bawah RM3,000.

Selain itu, kerajaan turut memberikan bantuan persekolahan RM100 bagi 5.3 juta pelajar seluruh negara dan baucar buku bernilai RM200 yang telah memanfaatkan 1.3 juta pelajar, melibatkan peruntukan hampir RM3 bilion.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata beliau akan mengumumkan pelaksanaan gaji minimum bagi sektor swasta pada akhir bulan ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga komited untuk meneruskan dasar subsidi terpilih melibatkan makanan seperti beras, gula, minyak masak dan tepung gandum, hasil petroleum termasuk minyak kereta, diesel dan gas memasak.

Bagi mengurangkan kadar jenayah, kerajaan menerusi strategi lautan biru berjaya mengurangkan kadar jenayah jalanan sebanyak 39 peratus manakala jenayah keseluruhan berkurangan sebanyak 11 peratus sejak 2009, kata Najib.

Menerusi NKRA Pendidikan, sebanyak 77 peratus daripada anak-anak rakyat telah mendapat peluang mengikuti pembelajaran peringkat pra-sekolah berbanding 67 peratus dua tahun lalu, kata beliau.

Bagi NKRA Infrastruktur Luar Bandar, Perdana Menteri berkata hampir 1,000 kilometer jalan luar bandar telah dibina, 27,000 isi rumah mendapat bekalan elektrik dan 70,000 isi rumah mendapat bekalan air yang bersih.

Najib berkata bagi merancakkan lagi pembangunan luar bandar, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) bakal dilancarkan di Kota Bharu dan beberapa buah lokasi yang telah dikenalpasti.

Menerusi NKRA Pengangkutan Awam pula, Perdana Menteri berkata fasa pertama projek pengangkutan awam bandar jangka panjang Aliran Transit Massa (MRT) dijangka siap dalam tempoh lima tahun akan datang.

Di bawah NKRA bagi mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah pula, kerajaan telah berjaya mengeluarkan lebih 44,000 isi rumah daripada kategori kemiskinan tegar.

Selain itu, di bawah program Kebajikan Rakyat 1 Malaysia (KAR1SMA) sebanyak RM1.4 bilion diperuntukkan setiap tahun kepada 500 ribu penerima bantuan kebajikan masyarakat seluruh negara.

Bagi membasmi rasuah, sehingga akhir 2011, sebanyak 900 pesalah rasuah telah disabitkan kesalahan, dibantu dengan penubuhan mahkamah khas bagi mempercepatkan perbicaraan kes-kes rasuah.

Selain GTP yang diperkenalkan pada 2009, Najib berkata program ETP dan Model Baru Ekonomi (NEM), yang bermatlamat untuk mengeluarkan Malaysia dari perangkap negara sederhana, turut menunjukkan hasil yang memberangsangkan.

Najib berkata kesan program transformasi ekonomi itu dapat dilihat menerusi kenaikan kedudukan Malaysia dalam beberapa laporan antarabangsa tahun lepas.

“Contohnya, laporan Forum Ekonomi Dunia bagi tahun 2012 telah menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia berbanding tahun sebelumnya. Malaysia hari ini adalah antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata Bank Dunia dalam laporannya “Doing Business 2012” pula mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang ke-18 paling mudah memulakan atau menjalankan urus niaga, sekaligus memintas negara maju seperti Jerman, Jepun, Taiwan dan Perancis.

Najib berkata negara berada di trajektori yang betul dengan pendapatan per kapita negara kini meningkat kepada US$9,700 (US$1=RM3.05) daripada US$6,700 sejak ETP dilancarkan dua tahun lalu.

Selain itu, data tahun lepas menunjukkan pencapaian tertinggi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta Pendapatan Negara Kasar (PNK) negara sejak merdeka, kata Najib yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009.

“Angka KDNK telah mencecah RM852.7 bilion manakala PNK pula RM830.7 bilion. Pencapaian ini telah membolehkan kerajaan mengutip jumlah hasil tertinggi dalam sejarah pasca merdeka iaitu RM185.54 bilion membolehkan pelbagai inisiatif dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat di samping langkah-langkah bagi memperbaiki kedudukan fiskal kerajaan,” kata Perdana Menteri.

Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional itu berkata kesemua bukti berkenaan jelas memperlihatkan sikap keterbukaan, ketelusan dan akauntabiliti kerajaan yang ada.

“Kerajaan ini telah berterus terang dengan rakyat Malaysia tentang apakah masalah dan cabaran yang sedang dihadapi negara, dan kita telah merangka pelan menyeluruh bagi menangani segala cabaran yang dikenal pasti,” kata beliau.

Tambahnya, beliau yakin rakyat akan memilih kerajaan yang mempunyai rekod prestasi yang baik yang meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya.

Najib berkata dalam merangka sebarang dasar misalnya, kerajaan dalam membelanjakan wang negara tidak akan sekali-kali meranap mahupun membangkrapkan negara.

“Berhati-hatilah dengan tukang karut yang melipur lara. Mereka ini hanya pandai berjanji tapi tidak pernah mengotainya. Mereka tidak pernah konsisten antara amalan dan retorik yang dilaungkan. Makanya, berwaspadalah dengan alunan muzik oleh peniup seruling yang tampak indah tapi penuh dengan persona dan perdaya,” kata Najib.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN