Agong adil, rakyat sangkal tuduhan ‘rampasan kuasa diraja’ akhbar British

Rakyat hari ini memanfaatkan media sosial untuk mempertahankan Sultan Abdullah selepas akhbar British mencadangkan Agong merancang “rampasan kuasa diraja” untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.

Orang ramai berkata Agong mengikut Perlembagaan dengan tepat, mengambil contoh siri pertemuan Sultan Abdullah dengan 222 ahli Parlimen serta pimpinan blok politik sebelum Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai perdana menteri minggu lepas.

Ramai di Facebook mengulas laporan FMT tentang editorial The Guardian, yang membidas keputusan Agong sebagai bertentangan dengan prinsip demokrasi.

Eric Kew berkata Agong hanya bertindak selepas menemubual ahli-ahli Parlimen mengenai calon pilihan mereka untuk mengetuai kerajaan baru.

“Sekiranya ahli Parlimen alih kesetiaan selepas pertemuan itu, ia bukan salah Agong. Agong tak boleh tangguh berterusan keputusannya apabila ahli Parlimen ubah fikiran. Perkara itu mesti diselesaikan di Parlimen.

“Agong sudah melaksanakan tugasnya,” katanya.

Thinesh Rajasingam berkata walaupun dia tidak setuju dengan kepimpinan politik baru, Sultan Abdullah tidak boleh dipersalahkan.

“Editorial itu sama sekali salah dan ternyata berat sebelah,” katanya. “Sudah tentu kerajaan baru akan membawa Malaysia mundur secara umumnya. Tetapi Agong tidak bersalah. Agong melaksanakan peranannya di sisi perlembagaan dengan tekun, memastikan ia tidak berat sebelah dan membuat keputusan yang munasabah.”

Dia juga menyalahkan apa yang dikatakan “kelam-kabut” dalam PH, dan menambah undang-undang Malaysia menyediakan saluran Parlimen untuk mengubah keputusan sekiranya berlaku undi percaya di Dewan Rakyat.

The Guardian dalam satu editorialnya berkata raja “gulingkan keputusan pilihan raya demokratik yang mencabar orde lama yang rasuah”.

“Ini salah dan dunia patut menegurnya,” katanya.

Akhbar itu juga berhujah menolak pilihan raya kilat, mengatakan ia akan mencipta “vakum untuk diisi demagog nasionalis dan agama”. Ia tidak menjelaskan apa maksudnya.

Pada 29 Feb, Sultan Abdullah menamakan Muhyiddin sebagai ahli Dewan Rakyat “yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat”, menggunakan frasa yang terkandung dalam Perkara 40 Perlembagaan.

Beberapa pengguna Facebook mempersoalkan apakah ada tangan tersembunyi disebalik editorial Guardian, manakala yang lain menepis dakwaan “rampasan kuasa diraja” sebagai tidak masuk akal.

“Jika Agong benar-benar mahu melancarkan rampasan kuasa, dia tidak perlu bersusah payah panggil semua ahli Parlimen untuk buat keputusan. Agong hanya perlu arahkan tentera seperti di negara jiran kita,” kata Muhammad Tarreq Ziad, merujuk kepada rampasan kuasa di Thailand baru-baru ini.

Tema yang selalu muncul dalam kritikan mereka adalah Agong dengan berhati-hati menilai pandangan ahli Parlimen sebelum membuat keputusan.

“Bukan Agong tetapi orang dalam parti yang menyebabkan kerajaan tumbang,” kata Anthony Sumin.

Soon Soo Hain menulis: “Semua ini berlaku kerana ahli politik kami; tiada kaitan dengan raja!”

“Agong hebat dan adil. Pastikan fakta kamu betul!” kata Sanjeev Raj, antara ratusan pengguna yang membanjiri laman Facebook FMT.

Editorial Guardian juga mengundang kritikan ahli majlis tertinggi PPBM, Rais Hussin.

Beliau berkata artikel itu contoh pemberi pandangan warga asing yang mengatakan sesuatu yang tidak benar untuk disesuaikan dengan perspektif mereka”.

“Agong tidak gulingkan sebarang pilihan raya. Sebaliknya, Agong dengan cermat dan teliti menemubual semua ahli Parlimen sehingga berpuas hati sebuah kerajaan boleh dibentuk, dan membuat keputusan segera bagi memulihkan kestabilan negara. Semua ini terkandung dalam kuasanya di sisi perlembagaan,” kata Rais.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN