(Video) Tular rak pasar raya kosong, Singapura jamin makanan cukup

Kerajaan Singapura memberi jaminan kepada seluruh rakyatnya bahawa bekalan makanan negara itu adalah mencukupi, tidak perlu untuk berebut-rebut membeli bekalan seperti beras dan mee segera.

“Rantaian bekalan kita bagi barang-barang penting kekal utuh, tidak ada risiko kekurangan bahan makanan penting atau barang keperluan isi rumah,” menurut Menteri Perdagangan dan Industri Singapura Chan Chun Sing di laman Facebook beliau.

“Kita juga ada simpanan barang-barang keperluan nasional,” katanya dan menambah kementeriannya juga sentiasa berhubung rapat dengan pekilang.

Katanya beliau sedar terdapat banyak laporan mengenai orang ramai yang membeli barang makanan serta barang keperluan isi rumah di pasar raya.

“Ini mengakibatkan wujudnya gambar rak-rak makanan yang kosong di pasar raya kita yang berlegar di media sosial. Saya sedar orang ramai bimbang selepas pengumuman tengah hari tadi bahawa kita telah meningkatkan DORSCON (Keadaan Sistem Respons Wabak Penyakit) ke peringkat oren,” menurutnya.

“Kita buat demikian kerana pada waktu ini sudah ada beberapa kes tempatan, tiada kaitan dengan kes-kes sebelum ini atau sejarah perjalanan ke China,” menurutnya.

“Ini adalah senario yang kita sudah jangka dan kita buat persediaan, dan kita akan laksanakan langkah-langkah tambahan bagi meminimumkan risiko jangkitan seterusnya,” katanya.

Singapura semalam mengesahkan tiga kes tambahan jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di negara itu, menjadikan kes keseluruhannya kini berjumlah 33.

Singapura kini meningkatkan penilaian risikonya dari DORSCON kuning kepada oren, memandangkan ketika ini sudah ada beberapa kes jangkitan tempatan tanpa kaitan dengan kes-kes terdahulu atau sejarah perjalanan ke China.

DORSCON merupakan kerangka kerja ditanda dengan kod warna bagi menunjukkan keadaan semasa penyakit, di samping menetapkan apa yang perlu dilakukan bagi mengelak dan mengurangkan impak jangkitan.

Di antara kes-kes yang sudah disahkan, dua telah dibenarkan keluar hospital, manakala dua lagi dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi. — Bernama

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

Kerajaan Uttarakhand, India tutup Lebih 50 Madrasah ‘haram’ dalam dua minggu

Serangan ke atas penduduk Buddha Thai di Kampung Chang Tor, Narathiwat

Letupan bom berhampiran flat kediaman polis di Kok Kian, Narathiwat

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN