Musa Nasihati Pemimpin BN Sabah Jangan Ghairah Minta Lebih Kerusi

Musa Aman

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menasihati para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri supaya tidak “ghairah” untuk meminta supaya parti yang mereka wakili diberi lebih kerusi menjelang pilihan raya akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata mereka tidak perlu risau kerana perkara itu akan dibincang bersama apabila tiba masa yang sesuai.

“Ini bukan pertama kali kita menghadapi pilihan raya. Kita sudah banyak kali menghadapi pilihan raya. Apabila pilihan raya umum sudah diumumkan, kita duduk dan bincang dan selalunya kita selesaikan dengan mudah.

“Jadi sekarang ini, janganlah kita gaduh-gaduh, janganlah kita “cakap macam-macam” yang boleh mengeruhkan keadaan. Keadaan kita di BN Sabah ini sentiasa baik, ada ikatan persahabatan dan mesra dan janganlah kita rosakkan ini hanya kerana mau kerusi lebih,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Sentuhan Harapan Petronas di Stesen Servis Petronas Berungis, dekat sini Khamis.

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan beberapa pemimpin BN negeri, termasuk daripada Parti Liberal Demokratik (LDP), supaya Gerakan menumpukan usaha untuk memenangi kerusi bagi BN di Semenanjung daripada meletakkan calon di Sabah.

Sehubungan itu, beliau mahu BN Sabah, terutama wakil rakyat melipatgandakan usaha turun padang bagi membela nasib rakyat.

“Janganlah kita terlalu ghairah atau risau siapa dapat kerusi banyak dan siapa dapat kerusi kurang. Yang penting kita turun padang dan berusaha menolong dan mengetahui masalah rakyat.

“Kalau rakyat tahu kita sentiasa mengambil perhatian masalah mereka, saya percaya BN sentiasa menjadi pujaan rakyat di Sabah,” katanya.

Musa juga yakin, dengan adanya pendekatan sedemikian sejajar dengan konsep 1Malaysia, kerajaan BN akan meraih kemenangan besar seperti yang dicapai pada pilihan raya umum yang lepas.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â