Nahas dengan lori tiga tan, majlis akikah tukar majlis tahlil

Majlis akikah yang sepatutnya berlangsung meriah esok (hari ini) akan bertukar menjadi majlis tahlil, kata ahli keluarga mangsa yang maut dalam kemalangan di KM 427.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Bukit Beruntung dekat sini, awal pagi semalam.

Kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi dan lori tiga tan dengan muatan buah pada kira-kira 4.30 pagi itu, mengakibatkan pesara tentera Mohamad Rodzi Abdul Kadir, 52, serta isterinya, Jamilah Jalim@Jamil, 47, dan anak perempuan mereka, Nur Intan Mohamad Rodzi, 18, maut di lokasi kejadian.

Turut meninggal dunia ialah kakak kepada Jamilah, Bashirah Jalim@Jamil, 49 dan anaknya Nur Shifa Abdul Rashid, 17.

Norliza Jalim@Jamil, 39, yang kehilangan dua kakaknya berkata, sebelum kejadian, Jamilah memaklumkan 15 ahli keluarga mereka berkonvoi menaiki tiga kenderaan iaitu Perodua Myvi, Honda Jazz dan pacuan empat roda Isuzu D-max dari Yan, Kedah untuk ke rumahnya di Shah Alam, Selangor.

“Mereka bertolak kira-kira 10 malam Khamis dan dua kenderaan iaitu Honda Jazz dan Isuzu D-max yang turut dinaiki ibu saya, Fatimah Bakar tiba di Shah Alam pada 6 pagi.

“Selepas setengah jam menunggu, saya cuba hubungi abang ipar saya (Mohamad Rodzi) dan panggilan dijawab pegawai polis yang memaklumkan mereka terbabit kemalangan,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu, di sini.

Norliza berkata kedua-dua kakaknya itu sangat teruja untuk datang ke Shah Alam dan ingin membantu menguruskan majlis akikah anaknya yang akan diadakan esok (hari ini).

“Kakak (Jamilah) sangat teruja untuk datang ke majlis akikah serta menawarkan diri untuk memasak jamuan kenduri, memang dia rancang untuk buat semuanya.

“Sedih sepatutnya mereka datang kenduri akikah anak saya tetapi sekarang, kami buat kenduri (tahlil) untuk mereka,” katanya dalam nada sebak.

Sementara itu, ibu mangsa, Fatimah, 69, berkata kali terakhir beliau melihat kesemua mangsa adalah ketika berhenti berehat di Kawasan Rehat dan Rawat Tapah.

“Saya tengok menantu (Mohamad Rodzi) sihat sahaja dan tidak mengantuk atau letih… saya masih terkejut dengan berita pemergian mereka. Allah pinjamkan mereka sekejap sahaja,” katanya.

Beliau berkata jenazah lima sekeluarga itu akan dikebumikan dalam dua liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ruat, Yan, Kedah, malam tadi. — Bernama

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN