Keuntungan bersih suku ke-3 Petronas jatuh hampir 50%

Nak untung macamana? Nak buat pelaburan baru duit dah dijarah kerajaan Pakatan Harapan (PH). Rizab tunai di perah oleh kerajaan PH kerana kebebalan tidak tahu menjana pendapatan untuk negara.

Rizab tunai Petronas berjumlah RM164.7 pada akhir Mac 2018 ditinggalkan oleh kerajaan BN sebelum di jarah oleh Pakatan Harapan.

Kerajaan dalam Bajet 2019 umum Kerajaan akan mintak/pow Petronas bayar RM54 bilion dividen – RM24 bilion dividen biasa & RM30 bilion dividen khas.

Jangan lupa apa Mahathir cakap baru-baru ni, “RM30 billion is nothing for Petronas.” Iya lah sebab dia lah yang paling berpengalaman pow Petronas berpuluh-puluh bilion Ringgit zaman 22 tahun jadi PM dulu.

Good luck Petronas.
……………

Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd (Petronas) merosot hampir separuh kepada RM7.42 bilion dalam suku ketiga berakhir 30 Sept, 2019 daripada RM14.34 bilion pada tempoh sama tahun lepas.

Petronas dalam satu kenyataan hari ini berkata pendapatan lebih rendah itu disebabkan terutamanya hasil rendah dan rosot nilai bersih terhadap aset, yang sebahagiannya diimbangi oleh kos produk dan pengeluaran bersih rendah serta perbelanjaan cukai yang lebih rendah.

Hasil dalam suku ketiga 2019 merosot kepada RM55.11 bilion daripada RM63.91 bilion sebelumnya, terutamanya disebabkan purata harga direalisasi lebih rendah bagi produk utama dan penurunan besar kuantiti jualan bagi minyak mentah dan kondensat, katanya.

“Bagaimanapun, ini sebahagiannya diimbangi oleh kesan penurunan ringgit berbanding kadar tukaran dolar US,” kata syarikat minyak nasional itu.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) berjumlah RM18.8 bilion, sejajar dengan keuntungan sebelum cukai rendah sebanyak RM47.13 bilion (suku ketiga 2018: RM56.31 bilion).

Bagi tempoh sembilan bulan pertama, keuntungan bersih kumpulan itu berjumlah RM36.36 bilion, turun 11 peratus daripada RM40.99 bilion dalam tempoh sama pada 2018, terutamanya disebabkan oleh hasil rendah dan rosot nilai bersih yang sebahagian besarnya diambil kira dalam segmen eksplorasi dan pengeluarannya.

“Segmen itu didorong oleh prospek harga lebih konservatif, dan sebahagiannya diimbangi oleh perbelanjaan cukai rendah,” kata syarikat itu sambil menambah bahawa EBITDA merosot tujuh peratus kepada RM73.5 bilion bagi tempoh kumulatif berakhir pada 30 Sept, 2019.

Mengenai pelaburan modal, Petronas berkata ia memperuntukkan RM28.9 bilion dari Januari hingga September 2019, manakala bagi suku ketiga 2019, pelaburan modal berjumlah RM12.0 bilion, kebanyakannya disumbang daripada projek huluan.

“Jumlah aset berkurangan kepada RM621.4 bilion pada 30 Sept, 2019 berbanding RM636.3 bilion pada 31 Dis, 2018,” kata syarikat itu.

Mengenai prospek masa depan, Petronas menjangkakan industri tersebut akan terus mencabar disebabkan oleh kelembapan ekonomi global, ketegangan geopolitik dan isu perdagangan global yang berterusan, mengakibatkan permintaan terjejas.

“Ahli lembaga menjangkakan keseluruhan prestasi kumpulan akan dipengaruhi oleh faktor-faktor ini,” kata syarikat itu.

Sementara itu, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata meskipun keadaan tidak menentu pasaran yang berterusan prestasi Petronas pada suku ketiga 2019 menunjukkan daya tahan dan keupayaannya sebagai pemain tenaga bersepadu dalam mengekalkan operasi yang kukuh dan terjamin sepanjang tempoh tersebut.

“Kami akan terus memberi tumpuan untuk memacu kecekapan operasi dan kecemerlangan komersil dalam seluruh kumpulan bagi melaksanakan strategi serampang tiga mata kami.

“Walaupun prestasi kami akan terus dipengaruhi oleh persekitaran yang mencabar, kedudukan kewangan Petronas dijangka terus kukuh,” katanya.

— BERNAMA

Rujukan:

Bajet 2019: Selamat kena pow Petronas walau dalam keadaan harga minyak mentah dunia terus merudum

https://pakdin.my/tag/petronas

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hab helikopter Weststar di Melaka majukan industri aeroangkasa negara

Tarif: Trump tarik brek, saham AS melonjak; Bursa Malaysia melonjak 65 mata

Harga emas melonjak 3%, catat kenaikan terbesar dalam tempoh setahun setengah

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN