Jangan Anggap Diri Calon Boleh Menang Dan Sabotaj Bila Tidak Terpilih – Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Presiden Barisan Nasional berucap di Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak menganggap diri sebagai calon boleh menang pilihan raya umum akan datang dan bertindak mensabotaj parti apabila tidak terpilih.

Pengerusi BN itu menegaskan bahawa calon-calon BN yang bakal diketengahkan kelak adalah calon terbaik yang mempunyai ciri-ciri boleh menang, yang dipilih selepas membuat tinjauan sistematik dan semakan terperinci.

“Kalau kita nak pastikan kemenangan, kita mesti tampilkan kriteria calon yang boleh menang dalam pilihan raya umum,” katanya pada Majlis Penerangan Perdana BN Peringkat Wilayah Persekutuan di PWTC di sini, yang dihadiri 8,000 ahli dan pemimpin BN Wilayah Persekutuan.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata beliau tidak mahu melihat mana-mana parti mencipta masalah dan mewujudkan puak-puak di dalam parti atau berlaku perpecahan sesama parti komponen BN semata-mata orang pilihan itu tidak dipilih oleh pucuk pimpinan sebagai calon pilihan raya umum.

“Kalau ada (calon) ditentukan orang tertentu, tapi sebaliknya kalau ada orang yang kata definisi calon boleh menang adalah saya sebagai contohnya, dan (mereka) tidak dapat terima orang lain sebagai yang terbaik.

“Maka dia akan potong trip dan lakukan perkara-perkara yang boleh jejaskan peluang calon kita untuk menang,” katanya.

Mengambil pengalaman selama 35 tahun beliau berkecimpung dalam politik, Najib berkata ini termasuk cubaan mensabotaj secara terang-terang atau secara halus, seperti yang pernah berlaku pada pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak.

Najib juga mengingatkan supaya semua parti komponen BN merapatkan barisan dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan mental mereka untuk menghadapi PRU.

“Jangan ada puak dalam parti sendiri, jangan tarik tali antara semua komponen parti dan jangan sabotaj antara sendiri. Kalau nak menang, kita kena buat cara yang menang. Jangan berbalah sesama sendiri,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN