Bot pendatang Indonesia menuju Tanjung Balai untuk balik Raya karam berhampiran Pelabuhan Klang

PELABUHAN KLANG — Maritim Malaysia menyelamatkan 75 pendatang asing dari Indonesia daripada lemas apabila bot kayu dinaiki mereka bocor di bahagian enjin pada kedudukan 2.8 batu nautika dari Sungai Kurau, dekat sini awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Selangor, Kapten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata bot kayu berukuran 8.8 meter panjang yang membawa pendatang asing itu dipercayai berlepas dari Sungai Air Hitam dekat Pulau Carey kira-kira pukul 5 pagi menuju Tanjung Balai, Indonesia.

“Maritim mengesan bot kayu itu dalam keadaan mencurigakan sekitar pukul 7 pagi. Kami berada di lokasi kejadian kerana sedang menyalurkan bantuan kepada sebuah bot nelayan tempatan yang mengalami kerosakan.

“Namun apabila melihat bot kayu tanpa nombor pendaftaran itu sedang bergerak dalam keadaan senget walaupun laut bergelora kuat, ia menimbulkan rasa sangsi.

“Bot itu ditahan dan hasil pemeriksaan mendapati, ada 75 pendatang asing termasuk tiga kanak-kanak sedang berhimpit-himpit di dalamnya,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Beliau berkata 75 pendatang asing yang ditahan itu terdiri daripada 49 lelaki dan 23 wanita termasuk tiga sedang mengandung, berumur 20 hingga 52 tahun selain tiga kanak-kanak berumur setahun hingga tujuh tahun.

Katanya, turut diberkas adalah seorang tekong dan dua awak-awak bot berkenaan yang juga warga Indonesia.

Beliau berkata hasil soal siasat mendapati pendatang asing tersebut rata-rata bekerja sebagai buruh binaan, tukang sapu, pekerja kilang, pekerja pembersihan, pekerja hotel dan sebagainya.

Mohammad Rosli berkata bot kayu sebesar bot nelayan tempatan Kelas A itu sepatutnya hanya boleh memuatkan maksimum lima individu dengan beberapa barangan sahaja.

“Modus operandi tekong bot adalah mereka akan nekad untuk bawa juga pendatang-pendatang asing ini sehingga dapat pulang ke negara asal. Sebab dia mahu upah. Bayaran yang dijanjikan adalah RM1,700. Upah itu hanya akan diberi di Indonesia.

“Bot kayu itu pula disyaki telah bocor di bahagian enjin pada awalnya namun disebabkan muatan yang berlebihan, ia telah menyebabkan tahap kebocoran semakin teruk. Selepas kesemua pendatang asing itu dipindahkan ke bot maritim, bot kayu itu terus karam,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati, pendatang-pendatang asing tersebut telah membayar RM800 seorang kepada ‘ejen’ untuk menaiki bot berkenaan semata-mata mahu pulang ke Indonesia bagi meraikan Hari Raya Aidiladha yang dijangka disambut pada hujung minggu ini.

Katanya, hasil soal siasat awal, ‘ejen’ yang bertindak mengumpulkan kesemua pendatang asing itu disyaki warga Indonesia yang menetap di negara ini dan pihaknya sedang mengesan individu itu untuk membantu siasatan.

Mohammad Rosli berkata kesemua yang ditahan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007. — Bernama

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN