Transformasi Politik: Najib Sudah Kotakan Janji

Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih teraju kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri keenam pada 3 April 2009, beliau menetapkan sasaran untuk menyelesaikan isu ekonomi domestik dan melaksanakan transformsi politik.

Dalam ucapan sulung beliau sebagai Perdana Menteri melalui televisyen, Najib berikrar akan mengkaji semula secara menyeluruh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang memperuntukkan penahanan orang tanpa perbicaraan dan malah mengumumkan pembebasan 13 orang yang ditahan mengikut akta lapuk itu.

Kemudian, beliau mengumumkan Program Transformasi Kerajaan (PTK), Program Transformasi Ekonomi (PTE) dan Pelan Transforamsi Politik (PTP), yang mencerminkan kesungguhan beliau untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang benar-benar maju menjelang 2020.

Malah, mengenai transformasi politik, Najib mencadangkan agar piagam Barisan Nasional (BN) dipinda untuk membuka ruang kepada keanggotaan secara terus ke dalam parti gabungan itu melalui empat kaedah keanggotaan dalam BN iaitu sebagai anggota gabungan, anggota bersekutu, Rakan BN dan Kelab Rakan Muda BN.

Bagaimanapun, transformasi paling besar yang Najib laksanakan sejak beliau menjadi Perdana Menteri dan dianggap langkah paling berani yang beliau ambil dalam melaksanakan perubahan politik ialah pemansuhan ISA. Ini membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin yang berpegang teguh pada janji.

Setiausaha agung MIC S. Murugessan berkata Najib akan dikenang sebagai pemimpin yang berani membuat keputusan besar.

“Ini akan menjadi legasi Datuk Seri Najib dan akan dikenang hingga bila-bila. Sebagai peguam, saya berasa lega (tentang pemansuhan ISA),” katanya.

Peguam veteran Roger Tan berkata keberanian Najib memansuhkan ISA merupakan suatu keputusan tepat dan menunjukkan bahawa beliau memahami perasaan rakyat di peringkat akar umbi.

Kini, kebanyakan rakyat berpendapat tiada siapa yang patut ditahan tanpa perbicaraan, kata beliau.

Namun demikian, beliau berkata dengan membuat keputusan berani itu, Najib berkemungkinan dikritik pihak tertentu, walaupun ia merupakan langkah bijak ke arah mewujudkan masyarakat lebih terbuka di negara ini.

“Ini bak kata orang, buat tak kena, tak buat pun tak kena,” kata beliau.

Pengerusi publisiti Barisan Nasional Selangor dan bekas naib presiden MCA Datuk Yap Pian Hon berkata pemansuhan ISA menunjukkan bahawa BN sudah berubah dan kini lebih terbuka menerima pandangan orang ramai.

“Pada mulanya, ramai yang tidak percaya Najib akan berbuat demikian. Tapi, saya ingin menegaskan bahawa selepas pilihan raya umum 2008, BN mula lebih bersedia untuk mendengar suara rakyat dan malah, mengambil tindakan yang sewajarnya,” kata beliau.

Yap, yang pernah ditahan mengikut ISA selama 50 hari melalui Ops Lalang pada 1987, berkata Najib membuktikan bahawa BN bersikap pro-aktif apabila beliau bersedia mendengar suara hati rakyat dan bukan kerana mengalah kepada tekanan pembangkang.

“Pembangkang sering cuba meraih keuntungan daripada apa jua yang dilakukan kerajaan dengan mendakwa semua itu dibuat kerana tekanan mereka. Ini adalah strategi mereka kerana mereka tidak mempunyai modal politik untuk menghentam kerajaan,” katanya.

Penganalisis politik dari Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Shamsul Amri Baharuddin pula berkata pemansuhan ISA tidak kena mengena dengan pembangkang atau pilihan raya umum akan diadakan.

“Ia lebih kepada untuk mewujudkan masyarakat yang lebih adil. Saya berkata demikian kerana sebahagian besar perkara yang menjadi isu dalam pilihan raya ialah harga petrol serta makanan, kos kehidupan dan peluang pekerjaan, bukan ISA,” katanya.

Beliau berkata tujuan utama parti pembangkang mendakwa bahawa pemansuhan ISA merupakan hasil desakan mereka adalah untuk menutup kegagalannya untuk memikat hati rakyat melalui idea yang diketengahkan dan sebagai jalan mudah, mereka mendakwa kononnya kerajaan telah mencuri idea mereka, termasuk daripada Buku Jingga, yang merupakan manifesto Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, sebagai Perdana Menteri yang mempunyai kesungguhan untuk melakukan transformasi, Najib telah melaksanakannya dan langkah beliau ini mendapat pujian pelbagai pihak.

Dalam rencana pengarangnya baru-baru ini, akhbar The Sydney Morning Herald berkata keputusan Najib memansuhkan ISA merupakan langkah berani ke arah mencapai kematangan politik bagi Malaysia.

“Najib perlu diberi pujian dan galakan untuk terus melangkah ke hadapan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang cergas dan kreatif dalam memanfatkan potensi yang dimilikinya,” kata rencana pengarang itu.

Sebuah laman blog dalam Financial Times membuat catatan:”Najib mendapat pujian ramai rakyat Malaysia yang berpendirian liberal selepas beliau dengan tidak disangka-sangka mengumumkan pelaksanaan pakej pembaharuan kebebasan sivil yang mempunyai kesan secara jangka panjang. Jelas sekali, Najib sedang mencipta nama sebagai Perdana Menteri yang memiliki kesungguhan untuk melakukan transformasi.

“Kerajaan pimpinan beliau juga melaksanakan pelbagai inisiatif berkaitan dasar luar, termasuk membuat penambah baikan penting dalam hubungan dengan negara jirannya, Singapura, dan menjalin hubungan diplomatik dengan Vatican. Mereka yang mengenali Perdana Menteri ini berkata mereka yakin beliau serius dalam membuat perubahan.”

Melalui tulisan beliau yang tersiar dalam ruangan pendapat akhbar The Nation di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sholto Byrnes, editor akhbar New Statesman dan penulis yang sering mengulas tentang isu politik serta agama di Asia Tenggara, berkata keputusan Najib itu menghidupkan semula potensi Malaysia untuk menjadi pemimpin negara Islam yang sedia bertolak-ansur.

“Pembaharuan yang diumumkan Najib Tun Razak amat dialu-alukan kerana ia boleh membantu negara itu kembali menjadi tempat untuk bergantung,” katanya.

“Ada yang memperlekehkan inisiatif beliau sebelum ini seperti konsep 1Malaysia, yang bermatlamat meruntuhkan tembok pemisah antara rakyat pelbagai kaum di negara itu dan membina suatu identiti nasional yang padu dan Pergerakan Berpendirian Sederhana Global, yang begitu senama dengan beliau di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

“Bagaimanapun, mereka yang dibelenggu keraguan terkejut dengan langkah terbaru itu (tentang pengumuman pemansuhan ISA). Ini dengan jelas meluaskan kebebasan di Malaysia, yang sukar disekat kembali oleh mana-mana kerajaan pada masa akan datang,” kata Byrnes.

Sebuah laman blog akhbar The Economist pula menggelarkan Najib sebagai “The Man with the Plan” dan sekiranya semua undang-undang ini (ISA, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan) dimansuhkan dan perubahannya dilaksanakan, maka landskap politik Malaysia mungkin berubah dengan ketara dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan Najib berhak diberi pujian kerananya.”

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN