Matahari tepat di Kaabah esok, umat Islam boleh semak arah kiblat pada jam 5.27 petang

Umat Islam di Malaysia boleh membuat semakan dan mengesahkan arah kiblat esok apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah ekoran fenomena unik yang berlaku dua kali setahun.

Planetarium Negara dalam satu kenyataan berkata penentuan arah kiblat boleh dilakukan dengan memerhati bayang-bayang matahari yang dihasilkan oleh objek tegak tepat pada pukul 5.27 petang waktu Malaysia.

“Orang ramai hanya perlu mencari objek tegak seperti dinding bangunan, tiang elektrik dan rangka tingkap yang tegak atau menggantung objek berat dengan talinya yang menegak menghasilkan bayang-bayang yang menghala arah Kaabah.

“Fenomena ini berlaku sebanyak dua kali dalam setahun iaitu pada setiap 28 Mei dan 16 Julai dan bayang-bayang yang terhasil bergantung kepada keadaan cuaca semasa,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Dalam pada itu, orang ramai juga boleh menyaksikan fenomena gerhana bulan separa yang dijangka berlaku pada Rabu, 17 Julai bermula pukul 4.01 pagi dan akan berakhir pada 6.59 pagi waktu Malaysia.

“Gerhana pada kali ini akan mencapai peringkat maksimum pada pukul 5.30 pagi yang mana pada waktu itu hampir separuh permukaan bulan akan dilindungi oleh umbra (bayang-bayang) bumi,” katanya.

Justeru, Planetarium Negara akan dibuka kepada orang awam bermula pukul 2 pagi pada Rabu dan menyediakan beberapa teleskop bagi memudahkan orang ramai menyaksikan fenomena ini.

Sesi pencerapan planet Zuhal dan Musytari akan turut diadakan di hadapan pintu masuk utama Planetarium Negara bermula seawal 2 pagi. — Bernama

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN