Ismail Sabri letak jawatan pengerusi Umno Selangor

Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata beliau telah meletakkan jawatannya selaku pengerusi badan perhubungan Umno Selangor berkuat kuasa 1 Mei lalu.

Katanya, ia diumumkan dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan Umno Selangor yang dihadiri ketua bahagian dan ketua sayap pada 5 April lalu.

“Sementara mendapatkan calon pengerusi yang baru, timbalan pengerusi, Mat Nadzari Ahmad Dahlan memangku tugas pengerusi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini portal The Malaysian Insight melaporkan tiga nama dikemukakan Umno Selangor untuk menggantikanIsmail Sabri – timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Mat Nadzari Ahmad Dahlan serta dua ketua bahagian, iaitu Johan Abdul Aziz dan Megat Zulkarnain Omardin.

Laporan itu memetik sumber sebagai berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas di kalangan ketua Umno bahagian negeri Sabtu lalu.

Mat Nadzari pernah menjadi Adun Batang Kali selama sepenggal selepas menang pada PRU ke-13.
Johan pula selain menjadi ketua bahagian, beliau juga merupakan setiausaha Umno negeri dan menjadi Adun Semenyih.

Zulkarnain pula ketua bahagian Umno Gombak.

Mengulas lanjut, Ismail berkata mengambil keputusan meletakkan jawatan setelah merasakan Umno Selangor sudah boleh dipimpin pemimpin dari negeri itu sendiri.

“Saya dilantik sebagai pengerusi untuk sementara dalam usaha meningkatkan prestasi Umno Selangor. Setelah setahun mengemudi, prestasi Umno Selangor telah dapat ditingkatkan,” katanya, sambil menyifatkan kejayaan terbesar mereka ialah merampas kembali kerusi DUN Semenyih dalam PRK 2 Mac lalu.

Mengulas lanjut, Ismail berkata dalam pertemuan dengan ketua bahagian dan sayap Umno Selangor, beberapa ketua bahagian ada menyatakan minat untuk mengisi jawatan tersebut.

“Saya akan berbincang dengan pemangku presiden, Mohamad Hasan untuk memutuskan nama pengerusi (baru).

“InsyaAllah ia akan diumumkan selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang akan datang,” katanya lagi.

Ismail dilantik ke jawatan itu selepas Noh Omar letak jawatan susulan kekalahan BN dalam PRU ke-14. – Mkini

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN