Nak cari kekasih? Aplikasi terkini ‘Facebook Dating’

NAMPAKNYA anda boleh lupakan Tinder kerana Facebook (FB) akan membantu anda mencari pasangan menerusi laman sosial itu!

Laman sosial popular itu memperkenalkan aplikasi Facebook Dating dan Malaysia antara 14 negara yang akan menerima ciri terbaharu ini termasuk Singapura, Vietnam, Laos, Filipina, Peru dan Chile.

Ketua Aplikasi FB, Fidji Simo memberitahu menerusi Facebook Dating pengguna bukan sahaja dapat mencari kenalan baharu yang mempunyai minat sama tetapi ia boleh membantu dalam misi mencari cinta.

“Dengan perubahan terbaharu ini, anda bukan sahaja masuk ke Facebook untuk berhubung dengan kenalan sedia ada tetapi mencari rakan baharu atau mungkin ‘si dia’,” katanya.

Simo juga memberi jaminan ciri terbaharu itu selamat selain ia berbeza dengan profil sedia ada.

Dalam pada itu, Simo memberitahu ciri terkini itu mendapat sambutan positif daripada negara seperti Colombia, Thailand, Kanada, Argentina dan Mexico yang terlebih dahulu menggunakan Facebook Dating.

Menerusi aplikasi itu, Facebook Dating turut memperkenalkan Secret Crush – yang membolehkan seseorang meneroka peluang hubungan romantik dalam kalangan rakan-rakan profil sedia ada.

Jadi, sekiranya seseorang memilih Secret Crush, mereka boleh menambah sembilan orang kenalan daripada FB yang dirasakan mempunyai potensi untuk bergelar kekasih.

“Profil yang ditambah ke dalam aplikasi itu akan mendapat pemberitahuan yang seseorang berminat dengan mereka dan sekiranya orang yang meminati anda itu juga sukakan anda, mereka pula akan membuat permintaan untuk berkawan dalam Secret Crush,” katanya lagi.

Bagaimanapun FB tidak mendedahkan sebarang aktiviti pengguna Secret Crush kepada orang lain yang tidak menggunakan Facebook Dating.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

10 jenis pisang terbaik di dunia: “Pisang Mas” Malaysia menjadi juara!

Peranan penting Magnesium dalam pengurusan dan pencegahan diabetes

Mitos tentang pulut

Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â