Cukai kereta import terpakai nafi hak rakyat

Pengenalan cukai baharu oleh kerajaan Pakatan Harapan terhadap kereta import terpakai adalah tidak wajar, terutamanya selepas kelulusan dua cukai baharu di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini, iaitu levi pelepasan dan cukai minuman bergula.

Cukai baharu ini dilaporkan telah pun berkuat kuasa sejak 1 Mac lalu, dengan mengenakan kadar di antara 20 hingga 39 peratus mengikut model kereta import terpakai tersebut.

Kerajaan perlu menjelaskan jika pelaksanaan cukai baharu ini adalah langkah pertama dalam pelaksanaan dasar untuk melindungi projek kereta nasional ketiga, seperti mana yang pernah dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi perdana menteri buat pertama kali dahulu?

Kerajaan PH perlu ingat bahawa mereka telah memberi jaminan pada tahun lepas tidak akan menggunakan wang rakyat untuk projek kereta nasional ketiga, namun pada bulan Mac lepas Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk membangunkan prototaip berkenaan.

Apakah niat sebenar kerajaan masih mahu membebankan rakyat untuk merealisasikan impian peribadi perdana menteri, walaupun menerima bantahan pelbagai pihak?

Dalam keadaan ekonomi negara yang merudum, ditambah pula dengan prestasi nilai mata wang ringgit yang merosot sehingga dilabel sebagai “terburuk di Asia”, kerajaan sepatutnya mengambil langkah meliberalisasikan ekonomi negara dalam usaha menarik balik pelabur asing, bukannya mengejar kepuasan individu.

Tindakan mengenakan kawalan ketat ke atas barang-barang import, seperti kereta, sudah tentu menjejaskan industri automobil negara, dan menidakkan rakyat memilih untuk memiliki kereta import kerana harga yang terlalu mahal.

Ini secara langsung akan menyebabkan pelabur-pelabur asing menarik diri dari Malaysia.    

Oleh Nicole Wong Siaw Ting
ketua pemuda MCA.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hab helikopter Weststar di Melaka majukan industri aeroangkasa negara

Tarif: Trump tarik brek, saham AS melonjak; Bursa Malaysia melonjak 65 mata

Harga emas melonjak 3%, catat kenaikan terbesar dalam tempoh setahun setengah

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN