Saturday, January 23, 2021
Spread the love

89 pelajar di Johor dijangkiti influenza

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

JOHOR BAHRU: Seramai 89 murid di negeri ini dijangkiti influenza setakat 1.30 tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Azman Adnan berkata, Johor Bahru mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 56 murid, diikuti Kulai (15), Tangkak (6), Kluang (5), Muar (5), Batu Pahat (1) dan Pontian (1).

Berdasarkan data rawatan kesihatan di pusat kesihatan kerajaan mahupun swasta, katanya, murid yang dijangkiti terdiri daripada prasekolah, sekolah rendah dan menengah.

Bagaimanapun, katanya, tiada penutupan kelas atau sekolah setakat ini.

“Persekolahan berjalan seperti biasa. Bagi satu atau 2 kes perlu ikut prosedur operasi standard (SOP) sekolah, iaitu buat pembersihan kelas.

“Bagi kes melibatkan jumlah sehingga memerlukan kelas atau sekolah ditutup, (keputusan) akan dibuat bersama pejabat kesihatan berkaitan. Namun, setakat ini di Johor tidak perlu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mengambil tindakan awal menangani isu itu dengan berhubung dengan pejabat kesihatan sentiasa untuk mengetahui maklumat dan tindakan lanjut.

“Surat pekeliling mengenai isu berkenaan telah diedar dan kita juga sentiasa menunggu laporan terkini Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah mengenai keadaan murid.

“Kita juga memastikan pihak sekolah mempunyai penyaring suhu badan untuk mengesan murid yang demam.”

Katanya, murid atau warga sekolah yang mempunyai simptom influenza tidak dibenarkan pergi ke sekolah.

“Sekiranya hadir, mereka perlu dibawa pulang dan mendapatkan rawatan di klinik ataupun hospital terdekat. Jika tidak, mereka akan diasingkan di dalam bilik khas atau bilik sakit.

“Begitu juga murid di asrama atau sekolah berasrama penuh, mereka juga akan diasingkan daripada penghuni asrama lain sehingga sembuh sepenuhnya.”

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -