Kerjasama UMNO-PAS: Bila DAP anggap “perang”

KENYATAAN supremo DAP, Lim Guan Eng, bahawa kerjasama UMNO dan Pas satu “pengisytiharan perang” terhadap bukan Melayu bukanlah mengejutkan sangat. Kebanyakan orang yang “celik politik” mengetahui ideologi dan identifikasi politik DAP boleh memahami kebimbangan ini. DAP tidak senang dengan keadaan politik Malaysia yang memberi ruang dan keistimewaan kepada Bumiputera dan Islam.
Sepanjang masa DAP mengaut laba politik melalui perpecahan orang Melayu. Pada 1969 DAP menang banyak kerusi sehingga mencetuskan Peristiwa 13 Mei. Mereka menang kerana perpecahan orang Melayu. Orang Melayu berpecah kepada kumpulan nasionalisme (Tunku Abdul Rahman), ultra-Melayu (Dr Mahathir Mohamad) dan konservatif Islam (Pas).

Peristiwa 13 Mei 1969 dan penubuhan Barisan Nasoinal (BN) pada 1970 memberi kesan cukup besar kepada DAP. Mereka dilihat sebuah parti cauvinis anti-Bumiputera dan Islam. DAP dilihat parti sosialis berkiblatkan Singapura.

DAP terpaksa menunggu bertahun sebelum memulihkan imej mereka. Kesempatan ini muncul apabila UMNO sekali lagi berpecah pada 1988. DAP mengambil kesempatan memulihkan imej mereka dalam kalangan orang Melayu melalui kerjasama dengan Tengku Razaliegh Hamzah.

Perpecahan UMNO pada 1998 sekali lagi membantu DAP menghakiskan stigma sebagai parti cauvinis Cina yang mengancam kedudukan dan kepentingan Melayu-Islam.

Karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja berjaya menaikkan imej DAP dalam kalangan masyarakat bukan Cina, malah menyatukan DAP dan Pas buat kali pertama secara langsung.
Pada 2008, gabungan DAP-Pas-PKR dalam Pakatan Rakyat membolehkan parti tersebut menguasai Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Apabila sekutu kuat DAP, Mohamad Sabu kalah teruk dalam pemilihan Timbalan Presiden Pas pada 2015, DAP sedar arus dalaman parti tersebut sudah menolak mereka. Lalu DAP membantu Mohamad Sabu menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN) sebagai serpihan Pas.

Peluang DAP lebih terbuka apabila UMNO turut berpecah. Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Daim Zainuddin menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Selebihnya adalah sejarah apabila DAP muncul antara parti yang memenangi banyak kerusi dan menguasai Pakatan Harapan. Justeru tidak hairanlah mengapa DAP begitu takut dengan kerjasama UMNO-Pas.

Sejarah menunjukkan kedua parti Muslim terbesar negara ini tidak pernah menindas, menghalang atau menganaktirikan rakyat bukan Bumiputera.

Patung Buddha terbesar dibina di Kelantan ketika pemerintahan Pas. Kuil Hindu terbesar terpelihara elok di bawah kerajaan BN pimpinan UMNO di Selangor.

Sejarah sejak sebelum merdeka juga membuktikan tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh masyarakat Cina dan India dalam kerjasama ini. Pas adalah sebahagian UMNO ketika bersama menentang Malayan Union dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Ketika itu tiada hak, kepentingan dan perniagaan orang bukan Melayu diancam. Penyatuan umat Islam Tanah Melayu suatu masa dahulu bukan sahaja telah berjaya memerdekakan negara ini, malah telah menjamin kerakyatan masyarakat imigran, hak mengamalkan budaya, bahasa dan agama masing-masing.

Hanya sebelum kemerdekaan sebahagian ulama dalam UMNO keluar menubuhkan Pas. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Pas bekerjasama dengan UMNO melalui penubuhan Barisan Nasional.

Antara 1970-1978 tidak ada sebarang bukti menunjukkan kerjasama dua parti terbesar ini telah menyebabkan hak dan kepentingan masyarakat Cina dan India telah terhakis. Hak mereka terus dipelihara dan disuburkan melalui kerjasama dengan MCA dan MIC.

Malah masyarakat Cina telah mengaut kekayaan negara dari hutan balak di Kelantan, perniagaan besar di Lembah Klang sehingga ke Tanah Tinggi Genting dan Cameron tanpa sebarang ancaman dan sekatan.

DAP sendiri pernah bekerjasama dengan Pas. Ini menunjukkan Pas bukan ancaman kepada orang bukan Islam. Malah Pas sendiri selama ini mempunyai Kelab Penyokong Pas yang dianggotai oleh bukan Islam.

Majoriti orang Melayu hanya anti-DAP dan bimbang dengan ideologi dan pemimpin parti tersebut; bukannya terhadap masyarakat Cina atau India keseluruhannya. Malangnya, pola pengundian kaum Cina dan India dalam PRU dan PRK sejak kebelakangan ini juga tidak membantu mengurangkan kebimbangan orang Melayu.

Seolah-olah ada dokongan dan sokongan keterlaluan terhadap DAP di kalangan bukan Bumi untuk mencabar status quo Bumiputera dan agama Islam di negara ini.

Ia terserah kepada masyarakat bukan Melayu untuk menghantar isyarat yang bagaimana kepada majoriti muslim di negara ini dalam PRK-PRK mendatang.

Oleh Ab Jalil Backer

https://pakdin.my/tag/umno-pas

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN