Perang dua kuasa nuklear India – Pakistan bermula

KASHMIR: : Pakistan menembak jatuh dua pesawat pejuang India di kawasan gencatan senjata yang menjadi pertikaian kedua negara, Kashmir.

Perkembangan terbaharu itu sekali gus menyebabkan hubungan antara kedua jiran berkenaan kembali tegang.

Langkah itu dilakukan sehari selepas India melakukan serangan udara di kawasan sama, tindakan berani pertama negara itu dalam tempoh 50 tahun, dipercayai untuk membanteras aktiviti keganasan.

Salah seorang daripada juruterbang pesawat berkenaan turut ditahan oleh pihak Pakistan, menurut  kenyataan yang di muat naik oleh jurucakap pihak tentera Pakistan, Mejar Jeneral Asif Ghafoor.

Namun pesawat pejuang India didakwa memasuki ruang udara Pakistan di Balakot meskipun sudah diberi amaran oleh pasukan tentera Pakistan.

Kali terakhir Pakistan dan India berperang adalah pada 1999 di kawasan Himalaya.

Menurut agensi berita India, ANI pesawat pejuang F-16 Pakistan turut ditembak jatuh oleh India di kawasan sempadan gencatan senjata.

Serentak itu Pakistan mengantung operasi pesawat domestik ke Lahore, Islamabad dan bandar lain.

Stesen TV Pakistan, SAMAA TV pula mendedah visual pesawat pejuang negara itu menembak jatuh pesawat pejuang India di kawasan pertikaian.

Sebuah syarikat penerbangan swasta India, Vistara Airlines pula berkata, ruang udara di kawasan utara India juga ditutup dan penerbangan dari dan ke Amritsar, Srinagar, Chandigarh serta Jammu telah digantung.

Sementara itu, Pakistan menegaskan, serangan yang dilakukan disasarkan kepada kawasan bukan ketenteraan di sempadan itu dan tidak memasuki ruang udara India dan ia bertujuan menunjukkan kemampuan pertahanan negara itu.

Namun kedua negara menegaskan tidak berniat untuk melakukan sebarang ketegangan.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo dalam reaksinya pula menyokong tindakan India yang disifatkan usaha membanteras keganasan.

India dalam pada itu menegaskan serangan yang dilancarkan pada Selasa disasar ke kem militan Jaish-e-Mohammed (JeM) yang didakwa terlibat dalam serangan bom bunuh diri pada 14 Februari membunuh 40 orang di Kashmir.

Kini India telah menutup sekurang-kurangnya empat lapangan terbang di kawasan utara negara itu, termasuk di Pathankot, Leh, Srinagar, Jammu dan Amritsar, menurut kenyataan seorang pegawai kerajaan India kepada portal berita Reuters.

Kedua-dua negara itu telah berperang sebanyak tiga kali sejak kemerdekaan daripada pemerintahan kerajaan British pada tahun 1947 dan hampir berperang pada tahun 2002 selepas Pakistan melancarkan serangan militan ke parlimen India.

Ketegangan memuncak ini mendorong netizen menularkan hashtag #SayNoToWar.

https://mobile.twitter.com/OfficialDGISPR

https://mobile.twitter.com/SAMAATV

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN