Komplot guling PM: Kalau tiada angin, tidak bergoyang pokok! #PRKSemenyih

MARANG – “Kalau tiada angin, tidak bergoyang pokok, sebab itu kita beri sokongan,” tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditemui selepas berakhir kuliah di Masjid Rusila, di sini, pagi ini.

Beliau berkata demikian mengulangi dakwaan Pas wujud dua parti komponen PH merancang untuk menyingkirkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, pihaknya mempunyai maklumat dan sebab itu Pas akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri demi kepimpinan orang Islam walaupun sebagai pembangkang.

“Ya, kita ada maklumat sebab itu kita beri sokongan. Banyak benda yang dinafikan itu benda sungguh, acap kali dah (berlaku).

“Kita tetap akan sokong…Sokong walaupun dalam keadaan jadi pembangkang. Ini kepentingan kepimpinan orang Islam,” katanya.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir berkata, sokongan Pas terhadap kepimpinan beliau hanya dapat disahkan jika mereka mengundinya apabila undi tidak percaya itu benar-benar berlaku.

“Saya tunggu kalau benar Pas akan menyokong saya atau tidak apabila berlaku undi tidak percaya itu,” katanya kepada media selepas lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, sekiranya Bersatu kalah di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih ia bukan disebabkan Pas tetapi berpunca daripada tiada kerjasama daripada PKR dan DAP.

“Itu ‘point’ tu. Jangan kata sebab kita (Pas) tapi sebab mereka (PKR dan DAP) tidak bekerja. Kita dah nampak DAP dan PKR tidak turun,” katanya yang masih tidak pasti akan ke Semenyih atau tidak.

Pada 17 Februari lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa terdapat dua parti dalam PH mungkin merancang untuk membelot terhadap Dr Mahathir.

Takiyuddin yang menjawab kontroversi pertemuan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Perdana Menteri menjelaskan, persetujuan bertulis parti itu sebenarnya draf ikrar menyokong Dr Mahathir jika parti komponen PH memulakan undi tidak percaya.

Bagaimanapun, dakwaan Pas itu dinafikan pemimpin-pemimpin PH antaranya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Mohamad yang juga Presiden Amanah.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023