[Video] PAT PPBM: Kemenangan PH kerana ‘mukjizat’ Allah? – Bodoh kalau tak agih kontrak dan jawatan kerajaan kepada pemimpin parti – Naib Presiden

Kemenangan PH adalah “mukjizat dari Allah” kata bekas pengerusi SPR yang juga naib presiden parti dalam perhimpunan agung tahunan PPBM hari ini.

‘Mukjizat’ adalah perkara luar biasa bagi melemahkan lawan hanya dikurniakan Allah kepada para Rasul dan Nabi bukan kepada manusia biasa apatah lagi untuk parti…

Beliau juga mengajak merompak secara terang-terangan duit rakyat dengan mengagihkan kontrak dan jawatan kerajaan kepada kepimpinan PPBM yang telah banyak membantu memenangkan parti pada PRU-14 yang lalu.

…………

Lihat Video:
https://vimeo.com/308830300

Naib Presiden: Bodoh Kalau Tak Guna Sumber Kerajaan

“Pandangan bodoh” – kata Naib Presiden Bersatu Ab Rashid Ab Rahman terhadap pihak yang membantah gesaan perwakilan agar kerajaan memberikan jawatan dan kontrak agar parti itu dapat mengekalkan kuasa.

Rashid berkata demikian ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 hari ini, dan disambut dengan tepukan gemuruh.

Kata-kata itu selepas Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengecam beberapa perwakilan membuat gesaan itu.

“Dalam PRU kita kena menang by hook or by crook – dengan apa cara sekalipun – kita kena menang.

“Saya tengok dalam keadaan sekarang, kita tak dapat pertahan kedudukan sebagai pemerintah. Ketua bahagian ditinggalkan begitu saja.

“Saya juga ketua bahagian, tetapi bernasib baik sebab perdana menteri bagi saya kerja, mampu pertahan bahagian saya. Tapi yang lain? Jangan cakap sombong…Ini pandangan yang stupid, bodoh,” katanya.

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya itu berkata beliau juga suatu ketika dulu tidak suka melakukan “apa yang patut dibuat”.

“Tetapi sekarang saya dalam kandang politik, kita patut buat apa yang patut dibuat.

“Semua ketua bahagian mesti mendapat aktiviti (dan) peluang (bagi membolehkan mereka) mampu dari segi kewangan dan pertahankan kedudukan,” katanya yang kini menjadi pengerusi Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (JRPR).

Syed Saddiq sebelum itu dilihat tidak dapat menyembunyikan kemarahannya apabila menyifatkan gesaan perwakilan tersebut sebagai ‘tak masuk akal’.

“Kalau layak guna saluran yang betul. Pergi tengok (perhimpunan) PKR, DAP, dan Amanah. Tengok Umno dulu pun tak berani bincang perkara seperti ini di khalayak umum. Mana maruah kita?”

Selain jawatan dan kontrak, Ab Rashid juga menggesa kerajaan mengembalikan semula Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk melaksanakan projek persekutuan di negeri pembangkang.

“Saya harap di Kelantan dan Terengganu…mesti dikembalikan semula JPP. Segala projek pembangunan oleh kerajaan persekutuan mesti disalur ke JPP dan ketua-ketua bahagian mesti mendapat faedah daripadanya,” katanya lagi.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN