Tabung Haji: Salah bayar hibah atau pelaburan jatuh

Kerajaan PH telah mengumumkan bahawa Tabung Haji (TH) telah membuat kesalahan yang kejam iaitu telah terlebih bayar dividend kepada pencarum untuk 4 tahun berturut-turut, tahun 2014, 2015, 2016 dan 2017.

Mereka mendakwa, akibat membayar dividen berjumlah RM12.652 bilion kepada pencarum untuk empat tahun ini, Tabung Haji sudah kekurangan RM4.1 bilion pada akhir tahun 2017

Tiada dakwaan bahawa wang TH sudah dirompak ataupun diselewengkan tetapi TH di bawah kerajaan BN telah melakukan tindakan yang kejam iaitu untuk terlebih bayar dividen kepada pencarum-pencarum TH untuk 4 tahun berturut-turut sejak tahun 2014.

Saya amat hairan mengapa audit luar dan audit kerajaan tidak pernah menimbulkan isu ini untuk 4 tahun berturut-turut.

Seperti yang saya beritahu minggu lepas, masalah utama Tabung Haji ialah penurunan teruk nilai pelaburan-pelaburan mereka untuk tahun ini akibat kejatuhan Bursa Malaysia selepas PRU14.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155753535085952/

Oleh itu, dividen TH untuk tahun in akan jauh lebih rendah berbanding tahun lepas dan cara yang paling sesuai untuk kerajaan PH ialah untuk menyalahkan kerajaan BN terdahulu.

Mereka yang fasih tentang audit dan penilaian aset sudah tentu memahami bahawa ini bukanlah satu langkah yang baik. Adalah amat mudah untuk sesuatu aset dinilai rendah apatah lagi pada ketika pengurusan baru TH bersetuju dengannya.

Bukan sukar untuk menilai sesuatu aset 5 peratus lebih rendah ketika proses audit.

Aset TH hari ini ialah RM73 bilion maka jika dinilai 5 peratus lebih rendah sudah RM4 bilion.

Saya tidak terharu dengan pengumuman kerajaan PH bahawa cara penyelesaian utama untuk TH mengatasi defisit yang mereka umum hari ini ialah untuk menjual aset.

Ya, jual aset sekali lagi.

Kerajaan PH umumkan bahawa aset TH akan dijual kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) pada nilai semasa, iaitu nilai yang sudah rendah selepas kejatuhan teruk Bursa Malaysia. Ini termasuk 150 hartanah milik TH di seluruh dunia.

Secara tipikalnya, apabila SPV ambil alih aset-aset itu, mereka bebas untuk mencairkan atau menjual aset berkenaan.

Saya harap akan ada pemantauan dibuat agar penjualan aset sedemikian dibuat dengan betul dan tiada mana-mana pihak tertentu mendapat manfaat daripadanya ekoran hubungan politik kerana ia akan mencetus pertikaian sebagaimana yang berlaku apabila Danaharta dan Danamodal ditubuhkan dahulu.

Biarpun jika ada terlebih penilaian terhadap aset TH dan wujud kekurangan, tiada keperluan mendesak untuk SPV mengambilalih aset TH kerana kerajaan menjamin wang pendeposit.

Aset-aset ini boleh ditinggalkan di TH sahaja untuk menunggu nilai aset pulih.

Satu lagi cara mudah untuk kerajaan ialah menyuntik aset sama ada melalui tunai atau bukan tunai yang sama nilai dengan kekurangan yang didakwa itu.

Dan apabila nilai aset itu pulih, TH boleh membayar semula kepada kerajaan.
Facebook Najib Razak

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â