Umno Selangor Bakal Saman Fitnah Mustafa Ali RM10 Juta

UMNO Selangor akan memulakan proses saman fitnah RM10 juta terhadap Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang menuduh parti itu mendalangi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lepas.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata tindakan itu diambil selepas Mustafa enggan memohon maaf secara terbuka seperti yang diminta UMNO Selangor dalam kenyataan yang dikeluarkan 16 Ogos lepas.

“Sempena dengan semangat Ramadan, kami bersedia memaafkan namun Mustafa angkuh malah mendakwa mempunyai dokumen membuktikan UMNO Selangor menjadi perancang pemeriksaan gereja terbabit. Jadi, tindakan saman adalah yang terbaik bagi mempertahan maruah UMNO Selangor yang difitnah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mohd Zin berkata UMNO Selangor melantik Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak untuk menjalankan proses perundangan itu.

Peguam Abu Bakar Isa Ramat berkata notis peguam akan dihantar kepada pihak berkenaan dalam masa terdekat dan saman akan difailkan selepas tempoh tujuh hari bekerja di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Mohd Zin berkata selain Mustafa, pihaknya dan peguam yang dilantik juga sedang meneliti untuk menamakan beberapa pihak lain dalam notis saman itu nanti.

Beliau berkata pemeriksaan yang dilakukan di DUMC merupakan perkara yang melibatkan penguatkuasaan agama dan tidak sepatutnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Menurutnya Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya mendedahkan perkembangan siasatan berhubung pemeriksaan JAIS di gereja berkenaan dari semasa ke semasa kepada umum kerana rakyat berhak untuk mengetahuinya.

Pada 15 Ogos lepas, Harakah melaporkan Mustafa menyeru pemimpin dan anggota PAS supaya tidak terjebak dalam ‘perangkap’ UMNO dalam isu JAIS dan gereja.

Beliau mendakwa mendapat maklumat ‘dalaman’ JAIS bahawa UMNO ada peranan dalam operasi JAIS di Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya pada 3 Ogos lepas.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN