Misteri bon Samurai

PENGUMUMAN kerajaan untuk menerbitkan bon Samurai berjumlah JPY200 bilion (RM7.9 bilion) menimbulkan perbezaan pendapat awam mengenai keperluan dan kepentingan menambah jumlah hutang negara.

Bon merupakan satu nota atau kupon hutang yang dikeluarkan oleh pihak yang memerlukan wang kepada para pelabur. Misalnya kerajaan atau institusi wibawa memerlukan sejumlah wang bagi tujuan projek tertentu, maka mereka mempunyai pilihan untuk membuat pinjaman komersial atau menerbitkan bon.

Bon yang dikeluarkan berdasarkan perjanjian antara penerbit bon dengan pelabur. Penerbit bon secara amnya mengumumkan berapa jumlah bon yang akan diterbitkan, yang juga bermaksud jumlah yang diperlukan oleh penerbit bon.

Penerbit bon juga akan mengumumkan tempoh matang yakni tarikh mereka akan membayar semula wang yang telah diberi oleh pembeli bon. Bon juga mempunyai kadar faedah tahunan yang dikenali sebagai kadar kupon (coupon rate).

Apakah itu bon Samurai? Bon Samurai ialah penerbitan bon di Jepun dalam bentuk mata wang Yen. Kebaikan bon Samurai ialah kadar kupon yang sangat rendah antara 0.345 – 2.3% bergantung kepada penerbit bon dan tempoh kematangan bon.

Dari perspektif kadar faedah bon Samurai sangat menguntungkan. Justeru tidak sukar memahami keputusan kerajaan untuk menerbitkan bon ini. Apatah lagi Kerajaan Malaysia mendapat kadar 0.65% setahun yang boleh dianggap antara termurah.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sering membuat perbandingan kadar faedah bon Samurai 0.65% setahun selama 10 tahun dengan kadar pinjaman komersial kerajaan sebelum ini antara 3%-7% setahun.

Jika dibandingkan dengan bon-bon terbitan 1MDB atau bon-bon antarabangsa lain yang mencecah antara 4%-6% setahun, bon Samurai ini umpama syurga pinjaman kerajaan. Namun dalam penerbitan bon masih ada beberapa perkara yang begitu teknikal seperti “face value” berbanding “purchased value” dan lain-lain syarat penerbitan yang jika dikaji mungkin tidaklah terlalu indah seperti cuba digambarkan.

Selain itu, kos pertukaran mata wang juga perlu diambil kira kerana wang ini akan digunakan di Malaysia. Menukar JPY200 bilion ke dalam mata wang Ringgit tentulah akan mempunyai yuran yang perlu dibayar.

Isu bon berbanding pinjaman ialah pinjaman dibayar secara ansuran dan kadar faedah juga berdasarkan baki pinjaman setiap tahun. Manakala dengan bon, selain membayar kadar faedah semi tahunan, kerajaan hanya akan membayar secara penuh pada penghujung kematangan bon.

Di sinilah selalunya kerajaan akan membuat kerja “korek lubang dan tutup lubang”. Sepuluh tahun akan datang tidak mustahil kerajaan akan menerbitkan bon baharu bagi membayar bon yang telah matang.

Penerbitan bon Samurai juga mempunyai implikasi peningkatan hutang akibat susut nilai Ringgit pada masa depan. Pada 1990-an Dr Mahathir sendiri pernah berhenti meminjam dalam Yen kerana merasa rugi kenaikan Yen berkali ganda berbanding Ringgit. Ini menyebabkan peningkatan drastik hutang negara.

Sama ada mengikut mazhab ekonomi Bank Dunia yang meletakkan hutang Malaysia pada tahap RM688 bilion (Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11, 18 Oktober 2018); atau mazhab ekonomi luar biasa Lim Guan Eng yang menyatakan hutang negara pada tahap RM1.1 trilion, kedua-duanya bersetuju bahawa keadaan hutang negara terkawal kerana 97.7 peratus hutang adalah dalam denominasi Ringgit.

Laporan terbaru Bank Negara Malaysia mencatatkan hutang kerajaan dalam denonimasi asing ialah RM15.7 bilion. Ini meletakkan kedudukan kewangan negara dalam keadaan sangat baik kerana pendedahan kepada tukaran asing sangat rendah.

Kita boleh berbahas baik buruk bon Samurai ini, namun persoalan utama dalam penerbitan bon Samurai ini ialah untuk tujuan apa? Pada suatu ketika kerajaan menyatakan bagi membayar hutang. Kemudian ada juga keluar kenyataan untuk membayar hutang 1MDB yang tinggi kadar faedahnya.

Terbaharu pula Perdana Menteri menyatakan, “Jika kita dapat tukar daripada faedah tinggi dengan yang rendah kita akan dapat kurangkan beban negara untuk membayar balik pinjaman. Bon itu boleh diguna untuk apa-apa projek yang kita ada.” Tampak kerajaan sendiri tidak mempunyai pendirian jelas untuk apa bon RM7.4 bilion ini. Jika mahu bayar hutang, elok dijelaskan hutang apa.

Kita khuatir kerana bon ini dikeluarkan tanpa tujuan spesifik, maka ia akan dibelanjakan sesuka hati oleh kerajaan untuk pengurusan dan pengenalan projek baharu bagi keuntungan pihak tertentu. Nanti apa yang terjadi bukanlah kerajaan mengurangkan hutang tetapi menambah hutang.

Menulis mengenai bon Samurai teringat haiku (puisi Jepun) ciptaan sendiri,

Samurai itu

menghunus katana

demi Hachiman

Hachiman itu

di kayangan bertakhta

pentaksub buta

Sumber: Ab Jalil Backer
http://link.pakdin.net/bonsamurai

https://pakdin.my/tag/bon-samurai

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Hab helikopter Weststar di Melaka majukan industri aeroangkasa negara

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN