Nazri Aziz diberi mandat lakukan penstukturan, penjenamaan semula BN

Barisan Nasional (BN) akan dijenama semula dan distruktur untuk menjadi sebuah entiti baharu yang lebih kuat dalam tekad mengambil alih semula kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, gabungan pembangkang baharu itu akan disertai oleh lima buah parti teras BN, rakan-rakan parti dalam pembangkang serta turut melibatkan beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Saya telah memberi mandat kepada Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang merupakan Setiausaha Agung BN yang baharu untuk menterjemahkan pelaksanaannya dalam tempoh terdekat.

“Kita harus mengorak langkah untuk menjadikan entiti baharu ini bukan sahaja sebagai parti pembangkang ketika ini tetapi juga sebagai hasrat kita untuk mewujudkan sistem dua parti bagi bersaing dengan parti yang telah membentuk kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Perhimpunan Agung MIC Ke-72 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

“Saya cadangkan kita tukar nama BN. Gagasan pembangkang yang ada sekarang perlu diperkuatkan dengan kemasukan parti-parti yang baru supaya kita menawan balik kerajaan pada PRU ke-15.

“Bagi saya, Perikatan 1.0 ditubuhkan pada tahun 1955. Perikatan 2.0 atau BN diwujudakan pada tahun 1974 dengan UMNO, MCA dan MIC dijadikan sebagai parti teras.

“Dan, kini 2018, saya cadangan Perikatan 3.0 gabungan parti yang “sama seperti BN,” ujarnya.
Ahmad Zahid juga sempat menyatakan harapan agar PAS dapat mengukuhkan lagi gabungan baru itu, yang kemudian mendapat sambutan baik daripada perwakilan yang hadir.

Turut hadir Anggota Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz, Presiden MyPPP Maglin De Cruz, Presiden MIUP Datuk K Nallakaruppan, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad, bekas exco Selangor Dr Halimah Ali, serta wakil parti politik dan NGO.

Menurut Ahmad Zahid, hala tuju utama BN adalah menerajui semula kerajaan persekutuan pad PRU akan datang.

“Semasa ucapan, Presiden MIC, Tan Sri Vicky (SA Vigneswaran) tanya saya apakah hala tuju BN selepas ini? Saya nak tegaskan bahawa hala tuju kita adalah memenangi semula kerajaan pusat.

“Mampukah kita?” tanya beliau kepada pada perwakilan dibalas dengan laungan ‘boleh’ sebanyak tiga kali.
Zahid turut mengucapkan terima kasih kepada MIC yang masih setia bersama BN dan berharap anggota parti itu bekerja lebih keras menguatkan gagasan pembangkang.

“Saya nak tegaskan selepas ini hanya satu BN, satu MIC,” katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.
Untuk rekod, BN yang kini hanya mempunyai lima komponen sahaja selepas lapan bekas anggota parti bertindak keluar daripadanya selepas kalah pada PRU ke-14.

Selain UMNO, MCA dan MIC, parti lain dalam BN adalah MyPPP dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

https://pakdin.my/tag/barisan-nasional

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN