#PRKDUNSungaiKandis: Bangkit pertahan hak Melayu

#UndiBarisanNasional #TolakKerajaanTomato

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis yang akan berlangsung esok bukan sekadar proses bagi menyuburkan amalan demokrasi di negara ini.

Ia bukan sahaja mahu mencari pengganti Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei yang menang kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu dan meninggal dunia akibat kanser kira-kira dua bulan kemudian.

Sepintas lalu, DUN itu merupakan kubu kuat PKR yang telah memenangi kerusi tersebut sejak 2008 dan dalam PRU-14 walaupun dengan nama baharu selepas persempadanan semula, Allahyarham Mat Shuhaimi masih mampu memenangi kerusi itu dengan majoriti kira-kira 12,000 undi.

PRK itu sekali pun jika PKR tewas, tidak akan membawa sebarang perubahan terhadap kerajaan negeri Selangor kerana Pakatan Harapan (PH) menguasai 51 daripada 56 kerusi kerusi dalam DUN Selangor.

Namun ada mesej penting daripada keputusan PRK tersebut iaitu suara orang Melayu pasca PRU-14 sama ada mereka sedar atau sebaliknya tentang keputusan-keputusan kerajaan PH yang menyesakkan mereka.

Benar, orang Melayu telah membuat keputusan dalam PRU-14 dan sebahagiannya bersekongkol dengan bukan Melayu menolak kerajaan BN.

Ketika itu ia lebih kepada sentimen isu 1MDB, cukai barang dan perkhidmatan (GST), kos sara hidup dan janji-janji manis PH mahu menghapuskan tol dan menurunkan harga minyak.

Namun mereka tidak pernah menyangka kemenangan PH turut menyaksikan bagaimana institusi raja-raja Melayu dan agama goyah seketika apabila desakan agar perkenan Yang di-Pertuan Agong disegerakan dalam pelantikan jawatan tertinggi kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mahu dikaji semula relevan penubuhannya, jawatan utama seperti Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara diberikan kepada bukan Melayu, timbulnya suara agar dilaksana hak sama rata untuk semua kaum dan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sekolah swasta Cina dipercepatkan pengiktirafannya.

Kesemua tindakan itu benar-benar mencabar hak istimewa orang Melayu dari segi kontrak sosial Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui selama ini malah mereka yang membangkitkan isu pribumi itu akan dilabel sebagai rasis dan tidak sehaluan dengan semangat Malaysia baharu.

Selain menjadi medan referendum menuntut janji 100 hari manifesto PH, PRK itu juga akan menjadi landasan penting bagi orang Melayu menyatakan bantahan terhadap dasar-dasar kerajaan baharu.

Sekarang bukan masanya untuk orang Melayu terlalu emosi dengan politik kebencian sesama sendiri sebaliknya mereka perlu bersatu memastikan kerajaan PH tidak meneruskan dasar-dasar yang merugikan hak bumiputera.

BN telah menerima hukumannya dalam PRU-14 tetapi janganlah ketika orang Melayu bersorak gembira, sedikit demi sedikit kampung mereka tergadai.

Ingatlah keputusan yang dibuat bukan untuk esok sahaja tetapi orang Melayu sebenarnya mempertaruhkan masa depan anak cucu mereka.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023