Batal HSR: Kerajaan hilang kesan limpahan ekonomi

Kerajaan bakal kehilangan kesan limpahan ekonomi, khususnya di sepanjang jajaran projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura jika projek mega berkenaan dibatalkan.

Ahli Unit Komunikasi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, dakwaan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, kononnya HSR tidak bermanfaat kerana membabitkan kos tinggi, adalah terlalu mudah dan tidak mengambil kira pendapatan yang mampu dijana projek terbabit dalam jangka panjang.

“Stesen di Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri yang kurang membangun berbanding Kuala Lumpur dan Singapura, akan menerima manfaat limpahan pembangunan.

“Kajian Institut Ekonomi Membangun, Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (IDE-JETRO) menyatakan projek HSR mampu menjana AS$1 bilion (RM4 bilion) kepada ekonomi negara setiap tahun apabila ia beroperasi.

“Malaysia bakal kehilangan kira-kira pendapatan negara kasar (PNK) RM209 bilion dan 70,000 peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan jika HSR dibatalkan.

“Pembatalannya bakal mengurangkan nilai projek Bandar Malaysia yang menjadi stesen akhir HSR, sekali gus menjejaskan kemampuan untuk syarikat 1Malaysia Develpment Berhad (1MDB) membayar hutangnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir mengenai keputusan kerajaan membatalkan HSR atas alasan ia tidak bermanfaat, selain membabitkan kos RM110 bilion dan Malaysia tidak mendapat keuntungan daripadanya.

Kerajaan dijangka perlu membayar pampasan sekitar RM500 juta kepada Singapura jika meneruskan keputusan untuk membatalkan projek terbabit.

Abdul Rahman adalah antara individu bertanggungjawab dalam pelaksanaan projek HSR ketika menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika Barisan Nasional (BN) menerajui kerajaan.

Beliau turut mempertikaikan dakwaan kerajaan PH, kononnya kos pembinaan HSR membabitkan RM110 bilion, kerana ia berbeza dengan kos dianggar kerajaan Malaysia dan Singapura sebelum ini, iaitu sekitar RM50 bilion hingga RM70 bilion.

Malah, Abdul Rahman berkata, pembatalan HSR akan mengecewakan pelabur asing, selain menampakkan kerajaan PH seolah-olah terburu-buru dan tidak mengambil kira kesan limpahan ekonomi yang sangat besar daripadanya.

“Jika projek ini mahu dilaksanakan semula pada masa depan, kosnya akan lebih tinggi manakala beban hutang pasti meningkat berkali ganda, sekali gus bertentangan dengan rancangan PH untuk mengurangkan kadar hutang negara,” katanya.

Kesimpulannya kata Rahman, pembatalan HSR adalah satu kesilapan besar kerajaan.

https://pakdin.my/tag/hsr

#FaktaBukanAuta #RinduZamanNajib

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN