BN: Beri mangsa banjir RM2,000, tanpa perlu isi borang Parti PH

Barisan Nasional (BN) hari ini membentangkan usul tergempar pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berhubung pembayaran wang ihsan kepada mangsa tragedi banjir yang melanda Pulau Pinang.

Ketika membentangkan usul itu, Datuk Dr Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) mencadangkan agar Dewan yang bersidang hari ini serta merta meluluskan Pembayaran Ihsan Khas berjumlah RM2,000 kepada setiap isi rumah yang menjadi mangsa banjir.

Selain itu, beliau turut mencadangkan satu jumlah pampasan yang difikirkan wajar kepada sekolah, masjid, dan rumah ibadat bukan Islam dan lain-lain yang seumpamanya.

“Pembayaran pampasan khas ini perlu mengguna pakai wang daripada Tabung Hasil Disatukan  Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya.

Bagaimanapun usul tersebut hanya didengar tanpa dibahaskan berikutan keputusan mutlak berhubung perkara terbabit hanya akan dapat dibuat oleh kerajaan negeri.

Ketika ditemui pemberita kemudian, Muhamad Farid berkata jumlah RM2,000 itu lebih memadai berbanding hanya wang bantuan RM400 yang diumumkan kerajaan negeri pada September lalu.

“Saya tidak berhasrat untuk usul itu dibahaskan. Terlalu banyak harta yang rosak dan ia membebankan rakyat yang kurang berkemampuan.

“Oleh itu saya berharap kerajaan negeri dapat mengambil perhatian perkara ini dan saya mohon bantuan ini dapat disegerakan, serta diberikan terus kepada mangsa banjir tanpa melalui syarat  yang berunsur politik,” katanya.

Muhamad Farid turut meminta agar bantuan tersebut disalurkan terus kepada mangsa banjir tanpa perlu mengisi borang Ahli  Pakatan Harapan.

“Saya difahamkan untuk mendapat bantuan perlu mengisi borang ahli Pakatan Harapan terlebih dahulu.

“Jadi di sini saya minta tidak perlulah mengisi borang tersebut dan terus sahaja memberi bantuan kepada mangsa banjir terlibat,” katanya.

Persidangan DUN kemudian ditangguhkan sehingga 8 November ini bagi memberi laluan kepada lawatan rasmi Putera Charles, the Prince of Wales dan Camilla, the Duchess of  Cornwall, ke Pulau Pinang esok.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN