Najib: Dr Mahathir Banyak Silap, Tapi ‘Tidak Ingat’

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak akan terikut dengan permainan politik tidak bermoral dan biadap oleh seorang bekas pemimpin negara.

Sebagai perdana menteri, Najib berkata beliau perlu menjaga dan membawa politik bermoral, mempunyai tata susila dan bersopan santun.

“Banyak kesilapan dia (bekas pemimpin), tapi dia tak jawab… bila tanya ‘tahu’?, (dia) jawab tak tahu… bila tanya ‘ingat’? (dia) jawab tak ingat.

“Dia marah semua orang… marah Bugislah… Bugis dah la pejuang… jangan suruh saya balik… saya pun tak suruh dia balik sebab saya tak mahu berada di tahap serendah itu seperti dia,” katanya ketika merasmikan penutupan Konvensyen Media Sosial Umno peringkat kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib tidak menamakan pemimpin itu, tetapi adalah jelas beliau merujuk kepada  bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut hadir setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pengerusi Biro Teknologi Maklumat (IT) Umno Datuk Ahmad Maslan dan bendahari agung Umno Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Najib yang juga presiden Umno berkata tidak ada salahnya jika berbeza pendapat namun jangan memburukkan peribadi seseorang kerana ia bukan “cara politik Malaysia”.

“Kita tak ‘pukul’ (kritik) cara kasar, sebab tu kita jangan ajar rakyat Malaysia politik sebegini… kita ni pemimpin, orang tua, kena tunjuk teladan”.

Sementara itu, perdana menteri berkata terlalu banyak berita palsu dan tuduhan tidak berasas menular di media sosial yang mahu menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai pemimpin negara.

“(Contohnya) saya tak bagi duit pada PAS (seperti dakwaan pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown), sebab tu PAS saman Sarawak Report… Clare pun dah menggelabah, tapi saya tak boleh komen kerana ia kes mahkamah,” katanya.

Justeru, Najib menyeru anggota Umno khususnya untuk memantapkan jentera parti kerana penularan berita palsu di media sosial akan terus menjadi ‘modal’ pihak pembangkang.

Menurutnya, anggota Umno perlu rajin, bersungguh-sungguh dan berani mengeluarkan pendapat mereka di media sosial termasuk berkaitan dasar-dasar kerajaan.

“Kalau dalam dewan ini yang lebih kurang 3,800 anggota Umno respons setiap kali saya tweet atau muat naik dalam Facebook, kita akan menawan perang siber, kita akan menang!.

“Saya bergantung kepada pejuang-pejuang maya untuk menang PRU14 (pilihan raya umum ke-14) dan kalau kita nak pertahankan kerajaan, perlu kerja bersungguh-sungguh supaya PRU14 milik kita,” katanya.

Dalam pada itu, beliau dalam nada tegas mengingatkan anggota Umno untuk tidak bertelagah sesama sendiri di media sosial kerana musuh utama adalah pembangkang.

“Musuh kita adalah pembangkang, jangan ada ‘friendly fire’ sesama kita… kadang-kadang kita cemburu sesama kita. Saya tak suka perangai ini, PRU nak dekat dah. Walau kita tak suka dia, tak suka tengok muka dia, jangan ‘friendly fire’,” katanya.

Najib turut menyifatkan PRU14  adalah ibu kepada semua pilihan raya umum, terutamanya dengan pelbagai kejayaan yang telah dicapai kerajaan termasuk pelancaran tren Transit Aliran Massa (MRT) baru-baru ini dan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang dilancar semalam.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN