Peniaga Dipenjara 12 Tahun, Tikam Penguatkuasa AADK Hulu Selangor

KUALA KUBU BARU — Seorang penagih dadah dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menikam dada seorang anggota penguatkuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam dalam satu operasi, bulan lepas.Hakim Zulhelmy Hasan menjatuhkan hukuman itu terhadap peniaga pasar malam, Suhaimi Aderus, 44, selepas tertuduh yang hadir memakai baju T berwarna kelabu, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.
Mahkamah memerintahkan hukuman bermula daripada tarikh tangkap pada 26 September lepas.
Suhaimi, yang berniaga pakaian, didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Baharudin Abdullah, 32, Pembantu AADK Cawangan Penguatkuasa Hulu Selangor, dengan menggunakan pisau lipat sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian tepi otot kiri atas dada mangsa.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di jalan tar bersebelahan sebuah rumah beralamat No. 70, Kampung Kuantan, Sungai Masin, Batang Kali, di sini pada jam 11.30 malam, 25 September lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, Ketua AADK Hulu Selangor, Mohd Ghazali Abdul Rahman bersama pasukannya termasuk mangsa telah menjalankan Ops Perdana di rumah berkenaan berhubung maklumat penagihan dadah.
Pasukan itu berjaya menahan beberapa suspek di dalam rumah namun tertuduh telah melarikan diri dengan keluar melalui pintu.
Mangsa yang melihat tertuduh cuba melarikan diri terus mengejar dan berlaku pergelutan sebelum tertuduh kemudian bertindak agresif dengan mengeluarkan pisau lipat dan menikam dada mangsa.
Akibat kejadian itu mangsa menerima 11 jahitan di dada kiri manakala tertuduh cedera di kening mata kanan.
Terdahulu ketika rayuan, tertuduh, yang tidak diwakili peguam, memberitahu mahkamah dia menyesal atas perbuatannya dan merayu dikenakan hukuman ringan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amin Azmi, bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat bagi memberi keinsafan dan pengajaran kepada tertuduh kerana kecederaan yang dilakukan tertuduh kepada mangsa boleh mengancam nyawa mangsa.
Selain itu, katanya, tertuduh mempunyai tujuh rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan dadah dan akta kesalahan kecil.
Sementara itu di luar mahkamah, Baharudin, yang hadir bersama isterinya ketika ditemui Bernama. berkata beliau berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh.
“Saya berterima kasih kepada pihak polis atas tindakan pantas mereka yang membawa tertuduh ke muka pengadilan,” katanya yang memberitahu dia ditikam ketika sedang menggari tangan tertuduh.
Baharudin turut memberitahu beliau kini semakin sihat walaupun masih merasa sakit di bahagian dalaman dada kirinya dan sedang menerima rawatan susulan termasuk akan membuka jahitan luka pada Jumaat ini.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN