Pengunjung Kendurian Mengamuk, Durian Mengkal!

Hasrat orang ramai untuk menikmati durian secara bufet tidak kesampaian apabila acara yang dinanti-nantikan itu dihentikan sementara waktu, tidak sampai dua jam selepas ia berlangsung.

Penganjur Food Mega Festival, Mohd Izrul Hanafiah berkata acara Kendurian yang dijadualkan berlangsung selama dua hari bermula Sabtu dari 10.30 pagi hingga 11.30 malam itu terpaksa dihentikan sementara waktu kerana masalah bekalan.

“Memang kita ada masalah dengan stok 20 tan durian untuk hari ini yang mana kita dapati hanya kira-kira 30 peratus sahaja durian yang dibawa telah masak, menyebabkan Kendurian terpaksa dihentikan sementara waktu pada tengahari.

“Sebagai penganjur kita terpaksa akur dengan apa yang berlaku, kita jangkakan stok durian akan tiba selewat-lewatnya petang ini (Sabtu),” katanya.

Menurut Mohd Izrul, festival makanan nombor 1 Asia itu bagaimanapun masih berlangsung seperti biasa di Shah Alam dan pengunjung masih boleh menikmati aneka makanan lain yang ditawarkan oleh lebih 100 vendor yang menampilkan 1,000 menu makanan terbaik Malaysia.

Mohd Izrul berkata apa yang berlaku adalah sesuatu yang tidak diduga, memandangkan perbincangan rapi mengadakan Kendurian telah dibuat dengan pengusaha-pengusaha yang mengambil bahagian.

“Mereka mengaku memang ada masalah sikit dengan durian, tapi tak adil untuk kita batalkan terus Kendurian sebab mereka (pengusaha) dah banyak melabur untuk acara ini.

“Mereka berjanji baki kira-kira 40 tan durian lagi akan tiba petang ini untuk dinikmati pengunjung yang datang petang ini dan esok,” katanya.

Mengenai ribuan pengunjung yang mengamuk dan hampa dengan apa yang berlaku, Mohd Izrul berkata pihaknya sedang melakukan yang terbaik untuk menangani isu ini dengan segera.

“Sebagai penganjur kita dah jalankan tanggungjawab, kita dah buat pengumuman acara dihentikan sementara, dan dalam masa sama kita berusaha minta bekalan durian dari Perak dibawa secepat mungkin,” katanya.

Beliau berharap pengunjung yang sudah berada di lokasi dapat menikmati makanan lain yang tak kurang enaknya dan dapat meneruskan aktiviti hujung minggu mereka di acara itu bersama keluarga dan rakan-rakan seperti yang dirancang.

Food Mega Festival memasuki tahun kedua penganjurannya yang menawarkan program durian bufet terbesar untuk peminat setia buah-buahan ini.

Hanya RM19 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak bawah 18 tahun menyebabkan ramai tertunggu-tunggu untuk hadir ke pesta makan durian ini.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN