Saya Ada Masalah Dengan Mahathir, Tetapi Beliau Masih Berguna – Pemimpin DAP

Pemimpin DAP itu berkata, bekas perdana menteri itu boleh membantu pembangkang memenangi undi Melayu di mana PKR dan Amanah mungkin tidak mampu berbuat demikian.

KUALA LUMPUR: Pemimpin DAP, Prof Dr P Ramasamy berusaha meyakinkan penyokong Pakatan Harapan (PH) yang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh memenangi undi luar bandar yang mungkin tidak mampu dikuasai PKR dan Amanah.

Katanya, Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad akan menjadi sangat membantu dalam usaha mendapatkan undi Melayu, khususnya di kawasan penempatan Felda.

“Saya masih percaya Mahathir menyumbang kepada huru-hara yang kita hadapi sekarang, tetapi dalam keadaan sekarang, bagaimana anda mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak dan Umno?
“Saya rasa DAP membuat pilihan tepat dengan bekerjasama dengan Mahathir.

“Ya, dasar beliau tidak boleh diterima dan beliau menyebabkan orang seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim ditangkap, tetapi di tempat seperti Felda contohnya, PKR dan Amanah mungkin lemah.”

Timbalan ketua menteri Pulau Pinang II itu berkata demikian pada forum anjuran Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) semalam.

Beliau memberitahu hadirin tiada parti pembangkang yang boleh memenangi pilihan raya di Malaysia.
“Anda perlu membentuk kerajaan campuran.

“Di Pulau Pinang, walaupun anda menang semua kerusi, anda tidak akan mempunyai majoriti mudah. Anda perlu PKR.

“Saya tidak tahu jika sikap optimis pada 2013 masih wujud, tetapi dengan PPBM, ada dinamik baru dari segi sokongan orang Melayu luar bandar.”

Adun Perai itu mendakwa DAP ialah parti paling kuat dalam PH, dengan sokongan padu daripada pengundi Cina dan India, tetapi parti itu masih bergelut memenangi hati orang Melayu di luar bandar.

Ramasamy turut menyentuh persoalan mengenai calon PH untuk perdana menteri dengan berkata beliau kekal dengan pendirian Anwar masih calon paling sesuai.

“Dia masih berada di dalam penjara, tetapi akan dibebaskan jika kita berkuasa. Dia masih seorang tokoh dihormati. Tanpa dia, tidak akan ada Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan.

“Hanya kerana dia berada dalam penjara, tidak bermakna kita sudah melupakannya.

“Saya tidak fikir calon itu ialah Mahathir kerana beliau pernah melaluinya. Dia berusia 90 tahun. Saya tidak fikir pun beliau mahu menjadi perdana menteri.”

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN