Guan Eng Bukan Lagi Kebal Dalam Kalangan Media Cina

Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu menerima hakikat beliau bukan lagi kebal dalam kalangan pengamal media Cina yang sebelum ini begitu komited dengan perjuangan DAP.

Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmad Isahak berkata, tindakan saman oleh pemberita kanan akhbar Guang Ming Daily terhadap Guan Eng semalam mencerminkan kekecewaan pengamal media Cina apatah lagi selepas memberikan publisiti maksimum sehingga membolehkan DAP menjadi kerajaan negeri dalam dua pilihan raya umum lalu.

Malah, beliau tidak menolak lebih ramai wartawan atau syarikat media mengambil tindakan serupa terhadap pemimpin DAP selepas ini melihat kepada tindak-tanduk pemimpin parti berkenaan melayan dan melabelkan akhbar hanya kerana tidak sehaluan dengan mereka.

“Pihak media khususnya akhbar Cina tidak lagi harus dilihat seolah-olah `mengikut telunjuk’ dalam laporan mereka berkenaan perjuangan DAP sebaliknya perlu memberikan keadilan kepada rakyat khususnya kaum Cina bagi mendapatkan laporan yang tidak berat sebelah,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam dalam tuntutan yang disifatkan pertama kali dilakukan seorang wartawan kepada ketua kerajaan negeri, wartawan kanan Guang Ming Daily, Ong Beng Siang, 40, menyaman Guan Eng berhubung satu status di laman sosial Facebook milik beliau Januari lalu.

Rahmad menambah, tindakan saman oleh wartawan akhbar Cina itu merupakan peringatan jelas kepada Guan Eng yang selama ini dilihat cukup gemar mengambil tindakan serupa kepada pengamal media yang mana beliau juga boleh berdepan tindakan serupa.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Rahmad menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan memuktamadkan segera siasatan terhadap status pendaftaran DAP yang sudah berlarutan hampir empat tahun.

Menurut beliau, tindakan itu penting bagi mengelak persepsi negatif rakyat terhadap agensi berkenaan.

“Sudah sampai masanya satu keputusan hasil daripada siasatan dalam jangka masa ‘luar biasa’ terhadap parti berkenaan dibuat bagi tujuan mengekang percaturan politik pemimpin DAP yang jawatan mereka di peringkat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) masih lagi tidak diiktiraf Pendaftar Pertubuhan (ROS) sejak 6 Disember 2013,” katanya dalam kenyataan akhbar.

Rahmad berkata, dalam tempoh ‘penggantungan jawatan’ berkenaan, sudah banyak elemen pencabulan ke atas arahan agensi tersebut dilakukan oleh kepemimpinan DAP termasuk menandatangani watikah haram kepada calon-calon mereka.

Wartawan kanan Guang Ming Daily, Ong Beng Siang, 40, menyaman Guan Eng berhubung satu status di laman sosial Facebook milik beliau Januari lalu

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN