Terima Kasih 'Halau' Saya Dari PAS, Sindir Mahfuz

Hello … hello … hello … Mengapa orang macam ini masih berada dalam PAS?

Beliau sepatutnya berada di dalam PPBM atau PAN.

20170217-mahfuz-halau-dari-pas

——
Terima Kasih ‘Halau’ Saya Dari PAS, Sindir Mahfuz

Ahli Parlimen Pokok Sena dari PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini ‘berterima kasih’ kepada Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah atas nasihat beliau supaya keluar parti.

“Terima kasih Datuk Nik Amar kerana halau saya. Insya-Allah, saya akan terus bawa suara akar umbi PAS demi cinta serta sayang terhadap PAS.

“Tidak saya sangka kenyataan saya berkaitan pendirian PAS tidak akan kerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP mendapat perhatian Nik Amar dengan kenyataan yang amat memalukan PAS.

“Kenyataan Nik Amar yang menghalau saya keluar dari PAS amat mengejutkan kerana ia memperlihatkan watak ‘gedebe’ beliau,” kata Mahfuz dalam kenyataan.

Semalam, Nik Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan menasihatkan Mahfuz supaya keluar dari PAS daripada terus mengkritik dan menyerang parti itu.

“Seelok-eloknya dia yang keluar, daripada jadi macam sekarang ini, tidak tahu ke mana, duduk dalam PAS tapi serang PAS. Kritik PAS, baik dia isytihar keluar, buat apa duduk lama-lama dalam PAS,” kata Nik Amar yang ditujukan kepada Mahfuz.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mahfuz yang berkata PAS tidak perlu menunggu muktamar parti itu pada bulan April ini untuk menentukan kerjasama dengan PKR kerana PAS sudah mengetahui PKR mempunyai hubungan dengan DAP dan AMANAH.

Sehubungan itu, Mahfuz turut mencadangkan PAS menarik diri daripada kerajaan negeri Selangor yang turut dianggotai PKR dan DAP bagi membuktikan ketegasan prinsip parti Islam itu.

Mengulas lanjut, kata Mahfuz, dengan latar belakang pensyarah universiti serta berpendidikan Islam, Nik Amar tidak membawa sifat ‘menghalau’ hanya kerana ahli PAS mengambil tanggungjawab menegur parti.

“Sepatutnya, beliau membawa watak matang, sejahtera, damai dan bukannya menghalau.

“Tanamkan perasaan kasih sayang, ingat mengingati supaya perasaan kekeluargaan sentiasa tersemai dalam PAS. Saya ingin menasihati Nik Amar tetapi siapalah saya, saya cuma ahli biasa.

“Kepada semua pemimpin tertinggi fahamilah perasaan ‘anak-anak’ anda, bukan ‘sayang semasa berada, dan menyingkirkan ketika tiada’.” katanya lagi.

Mengenai prestasi PAS di Kelantan, tambah Mahfuz, beliau sangat bimbang dengan keengganan PAS bersama rakan-rakan pembangkang dalam satu pakatan besar yang boleh menyebabkan PAS kehilangan Kelantan.

“Harapan saya dan juga rakyat terhadap Datuk Nik Amar adalah jangan dihalau pula Orang Asli keluar dari Kelantan kerana masyarakat Orang Asli juga tidak setuju dengan beberapa tindakan Kerajaan Kelantan akhir-akhir ini,” ujarnya lagi.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN