WAN AZIZAH: JIKA MAHATHIR CUKUP BAGUS BELIAU TIDAK PERLU BERTEMU ANWAR IBRAHIM (VIDEO)

Akhirnya Kak Wan mengesahkan Tun M perlukan Anwar.

Tanpa Anwar, Mahathir tak boleh buat apa-apa?

Video https://youtu.be/2E4_6kX6vLs

Jika Tun Dr Mahathir Mohamad cukup bagus menyatukan pembangkang, bekas perdana menteri itu tidak perlu bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata presiden PKR hari ini.

Bercakap kepada media, Datuk Ser Dr Wan Azizah Wan Ismail memberitahu dalam keadaan sekarang Dr Mahathir masih berjumpa dengan bekas timbalannya pada suatu ketika dulu.

“Beliau (Dr Mahathir) berjumpa Anwar. Saya fikir, kalau beliau begitu bagus menyatukan (pembangkang) beliau tidak perlu datang.

“Tetapi beliau datang (berjumpa Anwar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam). Ada sesuatu yang lebih daripada bersemuka,” katanya di Subang Jaya.

Dr Wan Azizah ditemui pada majlis pelancaran buku veteran politik, Dr Syed Husin Ali.

Pertemuan Dr Mahathir dan Anwar itu berlangsung kira-kira 45 minit. Ia adalah pertemuan terbuka kedua mereka sejak Anwar dipecat Dr Mahathir daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998.

Pertemuan pertama mereka – juga di mahkamah – berlangsung pada 5 September 2016.

Dr Wan Azizah sebelum itu ditanya mengenai kemungkinan Dr Mahathir kini mengambil tugas sebagai pemimpin sebenar pembangkang kerana dilihat lebih ke depan berusaha menyatukan pelbagai parti bagi menghadapi BN.

Untuk rekod, Dr Wan Azizah adalah ketua pembangkang ketika ini.

Kata anggota parlimen Permatang Pauh itu, tugas sebagai ketua pembangkang memang mencabar namun pujian patut diberikan kepada Anwar.

“Saya rasa ia (tugas sebagai ketua pembangkang) tidak mudah kerana kita sudah dilihat berpecah-belah.

“Berikan beliau (Anwar) sedikit penghargaan kerana mengambil tanggungjawab itu untuk suatu tempoh tertentu,” katanya.

Anwar dianggap berperanan menyatukan pembangkang bagi menghadapi BN pada pilihan raya umum ke-13 pada 2007.

Tindakan itu berjaya membuat BN menguasai Dewan Rakyat hanya dengan majoriti mudah.

Bagaimanapun pakatan pembangkang bermasalah selepas Anwar dipenjara untuk kali kedua pada 2015 atas tuduhan meliwat yang didakwa sebagai bermotifkan politik.

https://m.malaysiakini.com/news/372138

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN