PEMANGKU CEO GLC DITAHAN, BEKU AKAUN RM1 JUTA

20170119-epassport-somalia-iris

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pemangku ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bergelar Datuk kerana disyaki terlibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Turut ditahan ialah seorang pengurus jualan antarabangsa syarikat GLC itu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tahanan 2 suspek yang masing-masing berumur 58 dan 36 tahun.

Menurut sumber, mereka dipercayai terlibat dalam amalan rasuah dan menyalahgunakan kuasa berkaitan projek elektronik pasport (E-pasport) sebuah negara di benua Afrika antara 2013 dan 2015.

“Kedua-dua suspek ditahan di kediaman masing-masing di Tropicana Indah, Petaling Jaya dan Taman Desa, Jalan Klang Lama, kira-kira 12 tengah hari tadi.

“Mereka dipercayai melakukan kegiatan itu antara 2013 dan 2015 dengan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk meminta rasuah daripada pemilik sebuah syarikat swasta dari luar negara bagi pelaksanaan E-pasport,” katanya.

Sumber itu berkata, syarikat GLC berkenaan sudah menandatangani 1 perjanjian dengan kerajaan negara itu bagi tempoh 15 tahun untuk melaksanakan kemudahan permohonan E-pasport.

“Kos bagi setiap E-pasport yang dihasilkan ialah AS$46 dan syarikat tersebut perlu membayar AS$23 daripada jumlah itu kepada kerajaan negara terbabit.

“Bagi memudahkan urusan, syarikat terbabit dikatakan melantik sebuah syarikat swasta di negara itu (Benua Afrika) sebagai rakan kongsi tempatan yang satu perjanjian sudah ditandatangani.

“Sebanyak AS$5 akan dibayar kepada syarikat rakan kongsi tempatan tersebut bagi setiap E-pasport yang dihasilkan sebagai bayaran perkhidmatan,” katanya.

Sumber itu berkata, sebelum menandatangani perjanjian berkenaan, Datuk berkenaan berjumpa dengan pemilik syarikat rakan kongsi tempatan dan memintanya membayar AS$1 daripada AS$5 yang dibayar kepada syarikatnya dengan memberi alasan bagi menjaga nama baik syarikat swasta berkenaan.

“Ia termasuk menjamin kontrak perjanjian antara kedua-dua syarikat bagi projek E-pasport itu berterusan sehingga tamat tarikh konsesi tanpa disabotaj.

“Pemilik tersebut akur kepada permintaan tersebut kerana enggan melepaskan kontrak yang diberikan kepadanya oleh syarikat GLC terbabit,” tambahnya.

Menurut sumber, kedua-dua suspek itu akan meminta pemilik syarikat swasta itu membuat bayaran tersebut secara tunai dengan menandatangani surat pengesahan pembayaran, sedangkan wang itu tidak pernah diterima pemilik syarikat.

Tambah sumber, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang berkhidmat di GLC tersebut hampir 7 tahun disyaki menerima rasuah kira-kira RM500,000, melibatkan mata wang euro dan dolar AS.

“SPRM juga membekukan beberapa akaun milik Datuk, isteri dan anaknya yang mengandungi wang kira-kira RM1 juta.

“Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya.

Difahamkan, Felda Investment Corporation (FIC) Sdn Bhd juga memegang hampir 25% saham syarikat GLC itu, melibatkan nilai kira-kira RM200 juta sejak 2013.
http://www.fic.net.my/strategic/

Mengulas lanjut kes itu, Simi berkata, SPRM memandang serius kes berkenaan kerana syarikat GLC itu mempunyai akses kepada maklumat sulit dan rahsia berhubung kait dengan negara asing itu.

Beliau berkata, perkara itu amat membimbangkan kerana kedua-dua suspek mungkin mendedahkan sebarang maklumat semata-mata untuk mendapat ganjaran.

“SPRM meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan kedua-dua suspek ini untuk tampil membantu siasatan. Mereka dijangka direman esok di Mahkamah Majistret Putrajaya,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN