PASTIKAN KEK ADA SIJIL HALAL SEBELUM SAMBUT HARI JADI DI MCDONALD’S

McDonald’s Malaysia mengesahkan hanya kek dengan sijil halal boleh dibawa masuk ke rangkaian restoran mereka.

Dalam satu kenyataan kepada FMT, McDonald’s berkata dasar itu bagi mematuhi garis panduan pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Sebagai syarikat yang hanya menawarkan produk yang disijilkan halal, kami melaksanakan dasar melarang makanan luar dibawa masuk bagi menjamin setiap produk dalam premis adalah halal.

“Namun kami membuat pengecualian bagi majlis hari jadi dan membenarkan pelanggan membawa kek mereka sendiri, dengan syarat ia mendapat sijil halal,” kata McDonald’s.

McDonald’s menjelaskan dasar itu amat penting bagi menjaga kewibawaan pensijilan halal mereka dan menjamin akan terus mematuhi piawaian yang ditetapkan Jakim.

Hari ini tersebar imej suatu notis di internet yang menyatakan hanya kek dengan sijil halal boleh dibawa masuk ke premis rangkaian makanan segera popular itu.

“Adalah penting untuk semua pelanggan mematuhi peraturan ini tanpa sebarang pengecualian, kerana ia melibatkan status pensijilan Halal untuk restoran McDonald’s di Malaysia,” kata Jabatan Hal Ehwal Halal McDonald’s Malaysia, seperti dinyatakan notis itu.

Jakim, ketika dihubungi FMT berkata, garis panduan mereka bertujuan, antara lain, bagi mengelakkan percampuran bahan dan keraguan terhadap premis yang mendapat status halal.

“Apa sahaja produk yang berada dalam premis yang berstatus halal perlu juga mendapat pensijilan halal,” kata Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Dr Sirajuddin Suhaimee.

Tambahnya, tanggungjawab terletak kepada pihak syarikat yang mendapat sijil halal untuk memastikan garis panduan itu dipatuhi.

“Dalam soal sambutan hari jadi di McDonald’s misalnya, pelanggan tentunya perlu berhubung dengan pengurusan dulu. Maka tanggungjawab pengurusan untuk memastikannya,” katanya.

Sirajuddin menambah pelanggan bukan Islam juga tertakluk kepada garis panduan itu.

20161229-mcd-kek-halal

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â