#PAU2016: UMNO BAHAGIAN KUNCI KEMENANGAN BN PADA PRU14

SEJAK dari Pilihan Raya Umum (PRU) pertama, Umno mencatatkan rekod kemenangan yang tidak pernah menghampakan.

Mungkin kerana tidak mampu melawan kekuatan Umno ini, maka pembangkang mula gunakan senjata fitnah untuk tumbangkan UMNO.

Pembangkang memfitnah kononnya PRU di negara kita tidak adil dan bersih. Maka, lahirlah Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH).

Benarkah PRU di negara kita tidak adil dan bersih hingga menyebabkan Umno tetap menang? Itu semuanya fitnah. Kemenangan Umno di setiap siri PRU sebenarnya dibantu oleh struktur kuat parti berkenaan sendiri.

Mungkin Umno satu-satunya parti politik dalam dunia ini yang memiliki struktur organisasi yang bersistem dan bersifat menyeluruh.

PAS tidak ada struktur cawangan yang kuat di peringkat akar umbi. PKR yang cuba meniru UMNO dengan mewujudkan ranting dan cabang juga tidak mampu tandingi jumlah cawangan UMNO di peringkat kampung kampung.

Bagi mengurus dan memperkasa 3.5 juta ahlinya, Umno telah berakar umbi melalui 21,800 cawangan di seluruh negara.

Di peringkat cawangan ini, ia berfungsi sebagai pelaksana dasar-dasar parti serta agen kepada suara rakyat untuk diangkat ke peringkat lebih tinggi. Jika di sebuah pohon pokok, peringkat ini dianalogikan sebagai akar.

Peringkat seterusnya yang menjadi daun pula adalah bahagian Umno. Terdapat 191 Bahagian Umno di seluruh negara ketika ini.

Sebagaimana daun berfungsi untuk merendangkan pokok dan meneduhkan bumi, fungsi Umno Bahagian pula untuk menyelaras segala dasar dan perjuangan serta hala tuju parti.

Ini antara peringkat terpenting dalam Umno yang menyumbang kepada kekuatan parti.

Sama seperti sebuah pokok, jika tiada daun yang merimbun, maka pokok itu dianggap berpenyakit atau tidak subur. Umno Bahagian juga merupakan kekuatan sebenar Umno dalam menghadapi siri-siri PRU di negara kita. Mereka bukan sahaja menggerakkan cawangan di bawah, malah turut melengkapkan amalan ‘syura’ di peringkat perhubungan Umno negeri.

Malah, selaku parti yang dikenali sebagai ‘service orientated party’, Umno Bahagian adalah antara komponen terpenting bagi menjayakan orientasi ini.

Tidak seperti DAP, mereka bukan parti untuk rakyat bawahan. DAP tidak ada banyak cawangan dan ahli yang jelas. Hanya menabur kebencian dan emosi untuk menambat sokongan.

Samalah dengan PKR, sampai baling baling kerusi untuk merebut jawatan. Mahathir juga gagal mengukuhkan parti bunganya sebagaimana struktur yang UMNO ada.

Fungsi Umno Bahagian yang menjadi ‘pekerja parti’ 24 jam 7 hari setiap tahun dalam menyantuni rakyat. Tidak seperti parti parti lain.

Bagi meneruskan siri kemenangan bergaya Umno ini, wajarlah 191 Umno Bahagian tanpa gagal menggerakkan proses penambahan ahli parti, memastikan setiap ahli didaftarkan sebagai pemilih dan pada hari pengundian nanti, setiap daripada ahli dan keluarganya harus keluar mengundi.

Tiga tugas terpenting ini jika diteruskan tanpa rasa jemu dan sabotaj, pastinya akan memberi sekali lagi kemenangan berganda buat Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam PRU 14 akan datang.

Kita harus sedar bahawa 30 juta rakyat Malaysia tidak akan mampu bergantung harap kepada Pakatan Harapan yang dikuasai DAP.

Dengan hanya memiliki 30 orang dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang hanya ‘membenarkan’ 7 orang sahaja pemimpin bukan berbangsa Cina memegang kuasa, maka jelaslah tujuan DAP berjuang untuk kepentingan sebelah kaum semata.

Malah, mereka tiada struktur parti yang utuh. Selain dari CEC yang dikuasai oleh 23 bangsa Cina, DAP hanya ada Jawatankuasa Negeri yang diwakili oleh 20 orang setiap negeri. Adakah struktur parti yang longgar dan tidak berakar umbi sebegini akan mampu membela nasib rakyat?

Sebab itulah DAP terpaksa menggunakan ‘Red Bean Army’ untuk perperangan propaganda di media sosial dengan tujuan untuk menerapkan nilai kebencian kepada rakyat. Mereka sedar bahawa DAP tidak mampu menjadi kuat seperti Umno, maka mereka gunakan kaedah memburukkan dan memfitnah lawan untuk rakyat terpedaya.

Tolak DAP! Tolak Pakatan Harapan yang dikuasai DAP dalam PRU14 akan datang! UMNO Bahagian adalah benteng ampuh menentukan survival perjuangan Melayu pada PRU14 nanti.

aziz-kaprawi-puteri-umno-hulu-selangor

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN