PAU 2016: UMNO JANGAN HANYA MENANG SORAK

Cabaran politik yang menanti UMNO tidak semudah yang disangka dan kemelut politik yang berlaku tidak lagi memungkinkan UMNO untuk melayani pentas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 seperti sebelum ini.

Senang cerita, jangan kita hanya menang sorak. Itu mesej yang dibawa oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelang PAU yang akan berlangsung mulai 29 November hingga 3 Disember depan.

“Kita perlu melihat ke belakang dan mengkaji bagaimana kepemimpinan sebelum kita menangani kemelut dalaman parti dan bagaimana mereka meletakkan parti melebihi kepentingan peribadi.

“Fenomena kewujudan parti-parti baru yang ditubuhkan bekas-bekas pemimpin UMNO juga telah dilaui dan semua ini mematangkan UMNO.

“Kalau kita tidak belajar daripada sejarah, saya bimbang kita bersorak sedangkan kampung tergadai. Kita mengikut emosi dan tidak mendekati jiwa sanubari ahli-ahli UMNO. Alhamdulillah semua ini berlalu dan kita tahu apa yang berlaku. Ahli-ahli parti masih bersatu,” kata Hishammuddin dalam temubual dengan Utusan Malaysia.

Hishammuddin turut melahirkan kekecewaan melihat bekas-bekas pemimpin UMNO yang bukan sahaja cakap tidak serupa bikin tetapi selalu mengubah tiang gol.

Dahulu, bekas pemimpin berkenaan, yang jelas ditujukan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kini beria-ia pula mahu membebaskan Anwar, sekali gus menunjukkan beliau cakap tidak serupa bikin.

“Dahulu tahan Anwar tetapi sekarang, minta bebaskan Anwar. Sekarang, minta lepaskan Maria Chin Abdullah (penganjur Bersih). Dahulu tidak benarkan demonstrasi jalanan. Apa lagi nak dikata,” kata Hishammuddin.

Malah apabila diamati hujah-hujah Dr. Mahathir sekarang dengan semasa beliau memimpin UMNO, banyak yang tidak konsisten.

Dalam temubual itu juga, Hishammuddin turut mengulas penyertaan golongan muda dalam UMNO. Baginya, UMNO perlu telus ketika berdepan dengan generasi berkenaan dan menjawab persoalan yang terbuku dalam hati mereka.

UMNO perlu menunjukkan pemimpinnya boleh mewakili golongan muda dan pada masa sama pemimpin muda UMNO sepatutnya memahami mereka tidak boleh bersandarkan kepada agenda perjuangan populis, polemik kaum atau agama dan menuding jari menyalahkan orang lain.

“Jangan menyerang pemimpin-pemimpin sedia ada,” katanya.

Apa yang pasti, UMNO bukan sahaja diperhatikan oleh perwakilan dan rakyat, malah oleh seluruh dunia. Malahan dunia Islam juga meletakkan harapan yang tinggi terhadap Malaysia dalam mendepani persepsi yang menghantui umat Islam kini.

20150203-puteri-umno-pengundi-selfie

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN